Kerajaan perlu memikul tanggungjawab dalam menyediakan penyelesaian dalam isu rumah mampu milik kerana ia kini menjadi semakin sukar bagi generasi muda untuk membeli rumah sendiri.

Naib Presiden MCA, Datuk Chua Tee Yong dalam satu kenyataan hari ini berkata, walaupun komitmen yang dibuat oleh kerajaan dalam mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik seluruh negara adalah membanggakan , namun tindakan perlu diambil untuk mencegah kenaikan terus harga rumah memandangkan harga hartanah semakin meningkat.

Chua yang juga Ahli Parlimen Labis mengulas kaji selidik yang dilakukan oleh Sime Darby Property Bhd dengan kerjasama Fakulti Bina Alam Universiti Malaya yang menyimpulkan bahawa rumah-rumah di Lembah Klang masih berpatutan.

Menurut kaji selidik itu , seseorang individu mesti memperoleh pendapatan isi rumah purata sebanyak RM14 , 580 sebulan untuk mampu membayar sebuah rumah di Lembah Klang.

"(Kaji selidik itu) yang mengatakan rumah-rumah di Lembah Klang masih berpatutan adalah kurang benar.
Rakyat Malaysia terutamanya golongan kelas pertengahan masih sukar untuk mendapatkan rumah sendiri dengan harga semasa” kata Chua.

Chua berkata purata bulanan pendapatan seisi rumah yang diperlukan untuk memiliki rumah sendiri adalah di antara RM9, 360 di kawasan Melawati, RM20,160 di Mont Kiara - Duta Hartamas seperti yang dinyatakan dalam kajian,jumlah ini adalah jauh daripada purata bulanan pendapatan yang diperolehi oleh isi rumah semasa.

Mengungkap Laporan Pendapatan Isi Rumah dan Asas Ameniti Survey oleh Jabatan Perangkaan, beliau berkata, pada tahun 2012, 20% daripada golongan berpendapatan tinggi di Malaysia menjana pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM12 , 159 diikuti dengan 40% daripada kumpulan pertengahan berpendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM4 , 573 dan 40% lagi memperolehi pendapatan isi rumah bulanan sebanyak RM1, 847.

"Jika terdapat peningkatan sekalipun dalam pendapatan rakyat Malaysia pada tahun 2013, hanya golongan 20% ini sahaja yang mampu memiliki rumah-rumah di Lembah Klang" katanya.

"Pendapatan golongan 20% ini tidak pun mencapai syarat RM14,580 purata bulanan pendapatan yang diperlukan untuk membeli rumah di Lembah Klang"

Ini bercanggah dengan hasil kajian itu yang mengatakan 68% daripada skim perumahan yang dirancang di Lembah Klang adalah pada harga yang berpatutan.