SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat anak muda pada masa kini menyambut merdeka dengan sorakan dan kegembiraan sedangkan pengisian tersebut jauh lebih sukar untuk difahami.
Menurutnya, apa yang dikecapi negara pada masa ini tidak dinikmati rakyat sebelum merdeka.
"Apa yang ada hari ini tidak seperti sebelumnya. Apakah kemuliaan dapat dipertahan selamanya?
"Akan terpinggirkah bangsa? Akan terlepas lagikah Tanah Air kita?" katanya dalam satu hantaran puisi dan video di Facebook pada Rabu.
Beliau berkata, merdeka bermaksud bebas, tidak terkurung dan terlepas daripada dibelenggu pihak asing dan ia memerlukan perjuangan yang panjang.
Ujarnya, tanpa perjuangan masyarakat terdahulu pasti sukar untuk mencapai kebebasan seperti hari ini.
“Kekuatan Tuah dan jiwa berontak Jebat tidak padam dek zaman. Mengalir deras bersama pejuang Melayu daripada Mahajara Lela ke Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Mat Kilau.
“Begitu juga Tunku Kudin yang syahid.Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak penyambut perjuangan. Kita sambut merdeka sebagai tanda kita tidak lagi dijajah,” katanya dalam satu hantaran video di Facebook pada Rabu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kemerdekaan yang dibayar dengan darah, keringat dan air mata telah membebaskan negara daripada terus ditindas.
Jelasnya, selepas mengecapi kemerdekaan Malaysia berjaya menjadi negara yang cemerlang dan membangun dengan lebih pesat.
“Kita bebas tentukan hala tuju kita. Kita bergabung dan tubuh Malaysia dan bertanggungjawab kepada negara kita, kepada rakyat kita.
“Kita bangunkan negara dan berjaya. Maka aman dan damai kita bangunkan negara dengan pesat. Kita digelar Harimau Asia. Merdeka,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 31 2023

Tun Mahathir berkata, selepas mengecapi kemerdekaan Malaysia berjaya menjadi negara yang cemerlang dan membangun dengan lebih pesat. - Gambar fail

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Pembaharuan perlu dilakukan, tapi bukan dengan cara keluarkan orang Melayu dari bandar – Tun M
Dr Mahathirmenyuarakan kerisauan mengenai nasib bangsa Melayu yang menetap di kawasan setinggan sekitar ibu negara.

Tun Mahathir dan Jokowi bertemu di Solo, bincang hal Malaysia-Indonesia
Dr Mahathir dilaporkan berkata pertemuan beliau dengan Jokowi menyentuh mengenai pembangunan kedua-dua negara.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.