Meskipun sudah merentas beberapa dekad selepas itu, orang Melayu masih belum bebas dari belenggu kemiskinan meskipun sudah muncul golongan menengah dan usahawan dalam kalangan kaum tersebut.
Ungku Aziz kemudiannya bertindak memperkenalkan beberapa gagasan baharu untuk menopang aspek pendidikan dan ekonomi Melayu/Islam.
Berikut adalah antara penulisan Mohd Anwar mengenai dapatan serta tindakan Ungku Aziz berkaitan isu berkenaan, yang pernah disiar di akhbar Berita Harian:
- Ungku Aziz mencetuskan pelbagai idea praktikal demi memajukan ekonomi, khususnya pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan ekonomi umat Islam, seperti penubuhan koperasi kebangsaan, Tabung Haji, Akademi Islam dan Pusat Asasi Sains.
- Ungku Aziz berpendapat peningkatan ekonomi orang Melayu tidak boleh diukur dengan pemilikan ekuiti semata-mata. Contohnya, pemilikan saham tidak menjadi tanda aras atau gambaran sebenar tentang tahap ekonomi Melayu keseluruhannya.
- Beliau juga mendapati terdapat beberapa program bimbingan yang dikhususkan kepada orang Melayu, namun kebanyakan program itu disifatkan seumpama 'hangat-hangat tahi ayam' berikutan pelaksanaannya tidak mampu bertahan lama.
- Ungku Aziz berpendapat bahawa orang Melayu masih terbelenggu dalam sistem monopoli dan monopsoni, atau secara mudahnya, Melayu masih berdepan penindasan dari pihak penjual dan juga pembeli.
- Bagi membentuk sikap, Ungku Aziz menyarankan empat perkara yang perlu dibudayakan oleh orang Melayu iaitu - kecemerlangan pendidikan, kesedaran kesihatan yang tinggi, pemakanan yang berkhasiat serta menghindari rasuah.
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
BACA: Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati
BACA: PM, kerajaan zahir ucapan takziah
BACA: Pemergian Prof Ungku Aziz dirasai pelbagai pihak