Penubuhan itu adalah menerusi 'Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-bakal Haji' kepada kerajaan pada 1959.
Berikut adalah beberapa fakta ringkas berkaitan penglibatan Ungku Aziz dalam tertubuhnya badan berkanun tersebut:
- TH ditubuhkan pada 1963 dan seterusnya konsep yang diperkenalkan Ungku Aziz diperbaharui pada 1969 dengan gabungan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji.
- Inisiatif ini sebagai persediaan tabung simpanan khsusus buat kesemua jemaah yang bakal mengerjakan ibadah haji.
- Melakar sejarah apabila kaunter tabungan dibuka mulai 30 September 1963 dengan tabungan berjumlah RM45,610 daripada 1,281 orang penyimpan.
- Turut beri pembahagian keuntungan yang bukan berunsurkan pembayaran bunga seperti riba kepada penyimpan.
Kejayaan konsep Tabung Haji secara tidak langsung membawa kepada hasil rohaniah dan material:
- Menggalakkan usaha dan disiplin jemaah untuk membuat simpanan sehingga mereka berjaya mengerjakan ibadah haji di Mekah.
- Bertitik tolak daripada idea asal yang bertujuan membantu jemaah menunaikan ibadah haji itu secara tidak langsung dapat membantu pembangunan ekonomi negara.
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Pencetus visi pemikiran relevan merentas zaman
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Isu kemiskinan Melayu dan 4 perkara bentuk sikap
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
BACA: Di sebalik insan bernama Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz
BACA: Mengenang Ungku Aziz: Perjuangan, Melayu dan Islam sejati