KUALA LUMPUR: Personaliti dan keperibadian bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang lembut tutur katanya, teliti, menghormati semua orang dan berintegriti tinggi sukar dicari ganti.
Bekas menteri, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, negara kehilangan seorang tokoh yang telah menyediakan standard tinggi kepada sistem pentadbiran Malaysia.
Secara peribadi pula, Ahmad Shabery mengakui beliau kehilangan seorang individu yang dianggap sebagai mentor, guru dan sahabat buatnya.
“Beliau seorang yang halus, lembut dalam tutur katanya, dalam cara berkomunikasi, menghormati orang yang sepatutnya menjadi contoh kepada satu tahap personaliti yang menjadi standard kepada rakyat terutamanya mereka yang menerajui penjawat awam.
BACA: Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumi
“Beliau juga terkenal dengan integriti yang tinggi, taat kepada negara dan sentiasa mementingkan nilai-nilai yang tinggi, itu merupakan satu perkara yang sukar diperolehi.
“Saya anggap beliau sebagai seorang mentor, guru, seorang sahabat yang begitu tinggi nilainya dalam kehidupan kita,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa hadir ke pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Bukit Kiara di sini pada Sabtu.
Tambah Ahmad Shabery, Allahyarham juga telah meninggalkan legasi yang cukup besar terutamanya dalam menjadikan pentadbiran awam dilihat sebagai pentadbiran yang benar-benar profesional.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara, di sini, kira-kira pukul 11.58 pagi.
Sebelum itu, jenazah Allahyarham selesai disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, pada pukul 11.40 pagi.
Allahyarham yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menghembuskan nafas terakhir jam 1.40 pagi ini, pada usia 82 tahun.
Menurut catatan Unit Perhubungan Korporat IKIM, Ahmad Sarji yang dilahirkan pada 16 Sept 1938 merupakan pengasas dan Pengerusi IKIM pertama yang dilantik pada 1992, sehingga disandang pula oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Sept 2015.
Pada 4 Februari 2019, Ahmad Sarji dilantik semula sebagai Pengerusi IKIM sehingga kini.
Astro Awani
Sat Aug 28 2021
![Mengenang Tun Ahmad Sarji: Saya hilang mentor, guru dan sahabat - Shabery Cheek Mengenang Tun Ahmad Sarji: Saya hilang mentor, guru dan sahabat - Shabery Cheek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630137380_TunAhmadSarji.jpg)
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 11.58 pagi tadi. - Foto Astro AWANI
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627833787_BTP.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Ogos 2021.
![Pusat Oxford turut berdukacita atas pemergian Tun Sarji Pusat Oxford turut berdukacita atas pemergian Tun Sarji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630123786_TBTUNAHMADSARJI.jpg)
Pusat Oxford turut berdukacita atas pemergian Tun Sarji
Allahyarham Tun akan senantiasa dikenang atas setiap sokongan dan usahanya buat Pusat Pengajian Islam Oxford.
![Mengenang Tun Ahmad Sarji: Saya hilang mentor, guru dan sahabat - Shabery Cheek Mengenang Tun Ahmad Sarji: Saya hilang mentor, guru dan sahabat - Shabery Cheek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41630137380_TunAhmadSarji.jpg)
Mengenang Tun Ahmad Sarji: Saya hilang mentor, guru dan sahabat - Shabery Cheek
Negara kehilangan seorang tokoh yang telah menyediakan standard tinggi kepada sistem pentadbiran Malaysia.
![Mengenang Tun Ahmad Sarji: Sikap 'apolitical' beliau perlu dicontohi Mengenang Tun Ahmad Sarji: Sikap 'apolitical' beliau perlu dicontohi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627944374_TBDatukDrAfifi.jpg)
Mengenang Tun Ahmad Sarji: Sikap 'apolitical' beliau perlu dicontohi
Ketegasan Allahyarham dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) turut disegani oleh penjawat awam serta ahli politik sendiri.
![Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumi Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51630123786_TBTUNAHMADSARJI.jpg)
Jenazah Tun Ahmad Sarji selamat dikebumi
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara, pada pukul 11.40 pagi.
![Anak nafi bekas KSN Tun Ahmad Sarji meninggal dunia Anak nafi bekas KSN Tun Ahmad Sarji meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/41550076946_AhmadSarji.jpg)
Anak nafi bekas KSN Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
Anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menafikan laporan kematian bapanya yang tular di medial sosial.
![Najib lancar projek Warisan Merdeka, bakal muncul menara tertinggi Malaysia Najib lancar projek Warisan Merdeka, bakal muncul menara tertinggi Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/51458130950_MenaraWarisanMerde.jpg)
Najib lancar projek Warisan Merdeka, bakal muncul menara tertinggi Malaysia
Ia adalah sebuah projek pembangunan milik Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang dijangka siap pada tahun 2020.
![ASB beri dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen ASB beri dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/51356074508_295x200.jpg)
ASB beri dividen 7.75 sen, bonus 1.15 sen
Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.