Enam tahun berlalu sejak 2014, isu pencarian bangkai pesawat yang hilang itu masih diperkatakan.
Terbaharu, akhbar Australia, The Sydney Morning Herald melaporkan usaha lain bagi mencari bangkai pesawat berkenaan akan dilancarkan tahun ini.
Pencarian itu dilancarkan dengan harapan, kemungkinan penemuan serpihan pesawat baharu, jika ada, akan mengecilkan skop siasatan.
Lapor akhbar itu lagi, rundingan tertutup sedang diusahakan melibatkan saudara-mara penumpang pesawat MH370 dan kerajaan Malaysia.
Sebelum ini, sejak insiden berlaku, usaha mega digerakkan bagi mencari pesawat berkenaan, tetapi malangnya sehingga kini ia kekal misteri.
Pesawat MH370 hilang sejurus selepas berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Beijing dengan membawa 239 penumpang.