KEPIMPINAN baginda Rasulullah, khususnya dalam aspek pembangunan ummah sentiasa menjadi dorongan buat saya dalam menjalankan setiap tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah SWT.
Ketrampilan As-Saadiq yang menyerlahkan keperibadian baginda Rasulullah sewajarnya diteladani oleh para pemimpin rakyat, tidak kira apa jua landasan politik mereka.
Kewibawaan baginda sebagai figura terhormat sepanjang zaman merupakan inspirasi kecemerlangan bagi saya dalam menjayakan dukungan Kerajaan Malaysia di era penuh liku ini.
Aspirasi Keluarga Malaysia merupakan aspirasi yang dekat dengan jiwa saya.
Sebaik sahaja “Keluarga Malaysia” disebut sebagai aspirasi baharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, saya terus berasa bersemangat dan berinspirasi untuk meneruskan segala yang saya telah mulakan semasa pentadbiran Tan Sri Mahiadddin Yassin.
Biarpun ada suara-suara nista yang melemparkan pelbagai tohmahan kepada saya, namun, tidak pernah sekali semangat dan prinsip saya luntur untuk meneruskan khidmat bakti kepada Keluarga Malaysia yang saya cintai.
Kesabaran Rasulullah dalam menyampaikan dakwah Islam merupakan sifat mulia yang sentiasa saya jadikan kekuatan motivasi untuk menjalani kehidupan sebagai wakil rakyat.
Kerana saya percaya, dengan kesabaran itu, seseorang insan dapat mengecapi kejayaan duniawi dan ukhrawi yang menjadi cita-cita bagi setiap umat baginda Rasulullah SAW.
Sebagai penggalas amanah negara, saya sentiasa menitikberatkan soal pelaksanaan.
Memimpin sebuah kementerian yang bertanggungjawab dalam hal ehwal warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan wanita memerlukan saya untuk sentiasa fokus kepada soal manfaat dan kesan daripada setiap inisiatif serta usaha yang saya rencanakan.
Misalnya, penubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).
Sejak hari pertama saya menjalankan tugas sebagai pengemudi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), perihal warga emas merupakan antara fokus yang saya beri penekanan dalam aspek kelestarian kebajikan.
KPWKM menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan penggerak kepada penyediaan segala aspek kebajikan yang bermanfaat buat golongan warga emas nasional.
Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri dalam ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12, aspek kebajikan warga emas memerlukan tumpuan dengan mengambil kira perjalanan negara menuju tahun 2030, iaitu tahun di mana Malaysia akan melangkah ke era “Negara Tua”.
Sebab itu, PAWE yang merupakan usaha KPWKM akan diperluaskan lagi ke seluruh negara dengan tekad untuk mewujudkan sekurang-kurangnya satu PAWE di setiap kawasan Parlimen.
Atas paksi untuk memperkuatkan hubungan komuniti setempat, pewujudan PAWE ini saya sematkan sebagai usaha saya dalam menjalin kebersamaan rakyat, khususnya mereka yang berusia emas.
Menerusi jalinan ini, kasih dan cinta sesama manusia dapat dieratkan seiring dengan wadah kepimpinan Rasulullah yang sentiasa menyeru umatnya untuk memperkukuhkan saf perpaduan antara kita.
Hablum Minallah Wa Hablum Minannas.
Petikan dari hadis baginda Rasulullah SAW ini mengingatkan saya untuk sentiasa menjaga hubungan baik dengan Allah dan sesama hambaNya yang lain.
Ini merupakan wasiat baginda Rasulullah yang sentiasa saya jadikan ingatan buat diri saya dan taulan untuk terus beristiqamah dalam melakukan segala ibadah kepada Allah yang boleh menerbitkan manfaat buat masyarakat.
Perpaduan yang terbina antara kaum Muhajirin dan Ansar merupakan model terbaik yang boleh diterjemahkan dalam usaha memperkasakan Keluarga Malaysia.
Kewibawaan diplomasi Rasulullah yang telah mengukuhkan Madinah sebagai sebuah bandar yang bersatu padu telah mengilhamkan kejayaan Madinah sebagai kota yang pesat dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi yang berlangsung dengan harmoni dan sejahtera.
Itulah yang menjadi kunci kejayaan kepada pembinaan masyarakat mawaddah iaitu masyarakat yang dibina dengan nadi kefahaman yang disulam dengan kasih sayang.
Dengan mawaddah ini, lestari Keluarga Malaysia yang menjadi cita-cita kita bersama akan dapat dijayakan dengan perencanaan komuniti PAWE yang dibina atas paksi prihatin dan kasih sayang.
Teringat saya kepada nasihat yang pernah diungkapkan oleh ibu saya, Puan Taiyibah Hj Ruslii: “Dalam apa jua yang kita hajatkan di dunia ini, pastikan ia boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling.”
Setiap kali saya merenung potret ibu saya, suara-suara nasihat beliau pasti akan terbisik dalam hati saya.
Hikmah Allah cukup besar dalam setiap perjalanan hidup kita di atas bumi milikNya ini.
Sudah pasti, keberadaan saya di pentas kepimpinan politik ini tidak akan saya sia-siakan dengan tundukan terhadap kata-kata pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menggundah gulakan segala yang saya usahakan buat Keluarga Malaysia.
Saya memahatkan tekad dan iltizam untuk meneruskan bakti kepada rakyat hingga keringat dan lelah saya yang terakhir.
Moga iktibar dari pengorbanan dan kewibawaan baginda Rasulullah akan menjadikan kita sebagai insan yang bermuafakat menerusi perpaduan yang dibina atas landasan aspirasi Keluarga Malaysia. Insya-Allah.
Nukilan Datuk Seri Rina Mohd Harun
Ahli Parlimen Titiwangsa,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Rina Harun
Mon Oct 18 2021
Ketrampilan As-Saadiq yang menyerlahkan keperibadian baginda Rasulullah sewajarnya diteladani oleh para pemimpin rakyat, tidak kira apa jua landasan politik mereka. - Gambar hiasan
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Jangan terlalu taksub nasab Rasulullah tanpa diselidik terlebih dahulu
Beliau juga menasihatkan mereka supaya menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang ulama atau kumpulan bawaannya.
Sultan Selangor seru kembalikan penghayatan hidup Rasulullah SAW
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Meneladani kewibawaan Rasulullah dalam pemerkasaan Keluarga Malaysia
Ketrampilan As-Saadiq yang menyerlahkan keperibadian Rasulullah sewajarnya diteladani oleh para pemimpin rakyat, tidak kira apa jua landasan politik mereka.
COVID-19: Haram langgar larangan rentas negeri - Mufti Wilayah
Luqman dipetik berkata, asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah mengenai wabak penyakit taun.
Isteri terkilan suami kahwini kanak-kanak 11 tahun
Difahamkan, suaminya bernikah dengan kanak-kanak itu di Thailand, pada 4 Syawal lalu.