KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office semalam bersempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam meneladani nilai-nilai murni peribadi Nabi Muhammad dan mengikuti segala sunnah serta ajaran Rasulullah SAW.
Sultan Selangor turut menyeru seluruh umat Islam agar memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak, menurut hantaran itu.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor.
Dalam pada itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan masyarakat di negeri itu supaya memerhatikan jiran tetangga yang memerlukan sokongan dan bantuan dalam menghadapi situasi penularan pandemik COVID-19 ketika ini.
Baginda bertitah disebabkan COVID-19 yang melanda sejak Mac tahun lepas, ramai dalam kalangan masyarakat yang menghadapi kesulitan dan kesusahan yang perlu diberi perhatian sewajarnya.
"Disebabkan pandemik ini ada di kalangan kita yang kehilangan insan tersayang, ada anak-anak yang menjadi yatim piatu, ada yang hilang pekerjaan, ada yang kurang pendapatan, ada yang perlukan bantuan dan pelbagai lagi yang perlu ditangani dan diberi perhatian," titah baginda.
Sultan Mizan bertitah demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1443H/2021M Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung secara dalam talian malam ini.
Baginda turut menyeru rakyat Terengganu supaya sentiasa menghargai pengorbanan berterusan petugas barisan hadapan yang telah memberikan perkhidmatan terbaik buat semua.
Justeru itu, baginda bertitah semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk kekal berwaspada dengan terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa bagi membendung penularan COVID-19.
"Beta juga menyeru agar rakyat sekalian menerima baik saranan pihak kerajaan dengan melengkapkan pengambilan vaksin sebagai ikhtiar untuk mencegah penyebaran penyakit serta menghalang dari kedatangan mudarat yang lebih besar," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW. -Gambar fail/Bernama
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri lawat Yayasan Tun Jugah
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat Tekstil, Muzium dan Galeri Yayasan Tun Jugah di Kuching hari ini.
Sultan Selangor berkenan terima menghadap Menteri Komunikasi
Ia bagi mempersembahkan Warkah Persilaan Ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 Sultan Ibrahim yang dijadualkan berlangsung pada 20 Julai.
Hamidin mohon menghadap Sultan Selangor
Hamidin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun akan menjelaskan berhubung kemelut yang melanda bola sepak tanah air pada masa ini.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Raya Aidiladha
Baginda turut menzahirkan harapan agar umat Islam sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT serta melaksanakan ibadah korban demi membantu golongan miskin.
Raja Muda Selangor kurnia pingat kepada 165 penerima daerah Petaling dan Klang
Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan kepada 165 penerima bagi daerah Petaling dan Klang.
Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku
Sultan Sharafuddin mahu siasatan turut mengambil kira kemungkinan ia melibatkan kegiatan kumpulan atau samseng bola sepak.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Sultan Selangor ziarah Raja Perlis di Arau
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat menziarahi Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis.