Menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia sebentar tadi.
Beliau difahamkan tidak sedarkan diri ketika menjalani pembedahan gigi di sebuah klinik pergigian di Bangsar.
Syed Alman kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan kecemasan untuk namun disahkan telah meninggal dunia.
Jenazah kini masih berada di PPUM dan akan dibawa ke Surau An Nur Country Heights, Kajang malam ini.
Ahmad Zahid yang berada di Osaka, Jepun untuk lawatan kerja lima hari bermula Ahad dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Syed Alman, 44 tahun, merupakan suami kepada anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurul Hidayah.
Beliau merupakan pengasas syarikat teknologi maklumat, i-Gen Technology, selain Pengerusi Tabung Kebajikan dan Pendidikan Gerakan Belia 4B Shah Alam.
Sementara itu Nurul menerusi akaun Instagramnya menzahirkan rasa sedih atas pemergian suaminya dengan mencatat:
"Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang," katanya.
(Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Papa yang hebat. Suami yang bertanggungjawab. Saya kehilangan seseorang yang saya boleh berbicara. Bye sayang)
Astro Awani
Wed Jun 01 2016
Nurul Hidayah turut berkongsi khabar dukacita ini di akaun Instagramnya. - Foto Instagram @nurulzahid
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Jenazah menantu Ahmad Zahid, Syed Alman Zain dikebumikan
Syed Alman Zain Syed Alwi, 44, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, di sini, kira-kira 10 pagi ini.
Ahmad Zahid ziarah jenazah menantu
Ahmad Zahid, baru kembali ke tanah air selepas melakukan lawatan kerja ke Jepun.
Menantu Ahmad Zahid meninggal dunia
Beliau difahamkan meninggal dunia ketika menjalani pembedahan gigi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).