KUALA LUMPUR: Iklan Raya Monsta 2021 'Memori Eidulfitri' yang dimuat naik di beberapa saluran rasmi Monsta YouTube Channel pada 7 Mei lepas, berjaya mengumpul 'organic views' dengan jumlah tontonan tertinggi dalam YouTube sekali gus menempatkannya di tempat pertama dalam koleksi iklan raya tahun ini.
Iklan raya Memori Eidulfitri berdurasi empat minit setengah ini memaparkan adegan generasi keluarga BoBoiBoy pada pagi Syawal, dalam tiga rantaian masa yang berbeza.
Ia menceritakan perjalanan memori sewaktu Amato (Mechamato; ayah kepada BoBoiBoy) pada usia remaja, Amato yang sudah berumah tangga di usia dewasa bersama anaknya BoBoiBoy yang masih kecil, dan adegan BoBoiBoy pada masa kini yang sudah pun meningkat remaja dan tinggal bersama datuknya.
Ketua Jenama dan Pemasaran Antarabangsa Monsta Faiz Zainal Aabidin dalam kenyataan berkata iklan ini sangat memberi kesan kepada penonton yang sedang melalui situasi yang seakan sama ketika musim pandemik yang kini menyukarkan lagi pertemuan sesama ahli keluarga dan sanak saudara.
"Rata-rata penonton tersentuh dan merasa hiba melihat kenangan mesra BoBoiBoy bersama ayahnya Amato, dan turut merasa kepiluan BoBoiBoy yang merindui ibu bapanya setelah bertahun tidak bersua muka.
"Iklan raya tahun ini secara tidak langsung merupakan hadiah istimewa daripada Monsta buat peminat yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti kepada siri animasi tempatan BoBoiBoy dan Mechamato," katanya
Kelainan yang dibawakan Monsta dalam iklan raya tahun ini ialah kemunculan dua watak wanita utama yang baharu iaitu Umi; nenek kepada BoBoiBoy dan juga seorang wanita misteri berjubah biru yang diberitahu adalah ibu kepada BoBoiBoy.
Sementara itu, dalam laman media sosial Twitter, tanda pagar #MemoriEidulfitri dan #BoBoiBoy berjaya memasuki bahan 'trending' atau sohor kini di Malaysia dan Indonesia, sejam setengah selepas keluaran rasmi video tersebut.
Sehingga kini, iklan raya Memori Eidulfitri tersebut sudah mencapai 1.9 juta perkongsian menerusi Facebook rasmi BoBoiBoy.
Iklan raya ini juga telah mendapat liputan meluas daripada kumpulan media tempatan seperti Bernama, MalaysiaKini, Harian Metro, Astro Awani, Siakap Keli dan banyak lagi. Ia turut ditayangkan di stesen televisyen tempatan TV3 dan Astro Ceria, serta disiarkan di stesen televisyen Indonesia RTV sepanjang perayaan Aidilfitri ini.
Menerusi adegan nostalgia dalam iklan raya Memori Eidulfitri ini, penonton juga dapat mengenali dengan lebih dekat watak Amato dan sebuah robot Power Sphera milik beliau bernama MechaBot. Animasi adiwira terbaharu ini bakal menemui penonton dalam siri animasi dan filem tersulung Mechamato, tidak lama lagi.
Monsta adalah syarikat harta intelek dan watak yang telah menghasilkan pelbagai siri animasi, filem dan produk pengguna dalam masa lebih dari sedekad.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021

Sehingga kini, iklan raya Memori Eidulfitri ini sudah mencapai 1.9 juta perkongsian menerusi Facebook rasmi BoBoiBoy.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Lima iklan Aidilfitri 2023 menarik untuk ditonton!
Tiba sahaja Syawal, pasti ramai yang menantikan iklan Raya paling best daripada syarikat terkemuka.

Anwar buat penampilan khas dalam iklan raya
Iklan terbitan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Komunikasi dan Digital mengisahkan tentang hidangan istimewa lebaran, lemang.

'Memori Eidulfitri' daripada Monsta di tempat pertama iklan raya dalam YouTube
Iklan raya Memori Eidulfitri berdurasi empat minit setengah ini memaparkan adegan generasi keluarga BoBoiBoy pada pagi Syawal, dalam tiga rantaian masa yang berbeza.

Iklan raya papar situasi pelajar terkandas di USIM dapat sambutan netizen
Situasi pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terkandas di kampus dan berkemungkinan tidak dapat pulang beraya yang dijadikan sebagai iklan Hari Raya USIM 2020 'Raya Online'

"Kalau tutuplah syarikat surat khabar..." Iklan raya Kosmo! sentuh perasaan
Iklan raya itu antara lain menyentuh tentang realiti perubahan dalam dunia penyampaian berita masa kini, iaitu kebangkitan platform digital.

PLUS terbitkan Tumpang sempena Aidilfitri 2019
Tumpang mengisahkan dua lelaki berlainan dunia dan usia, Pak Man dan Amir, yang secara kebetulan ditemukan di sebuah Hentian Rehat dan Rawat selepas Amir ditinggalkan bas untuk balik beraya ke Muar.