PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Isnin mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan seorang juruteknik daripada pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang pembonceng motosikal enam tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Has Zanah Mehat menolak rayuan pendakwaan untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi membebaskan Mohamad 'Atif Izzat Ajizi selepas mencapai keputusan majoriti 2-1.
Keputusan itu menyaksikan Has Zanah dan Datuk Abu Bakar Jais menyokong manakala Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali menentang.
"Tidak ada merit dalam rayuan pendakwaan, oleh itu keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata Has Zanah.
Mohamad 'Atif Izzat, 26, yang merupakan pelajar ketika kejadian, mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan rayuan itu diumumkan.
Mohamad 'Atif didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Mohd Tajul Din Amran di Jalan Gong-Kemubu, Machang, Kelantan pada kira-kira 6.40 pagi 26 Sept 2015.
Penunggang motosikal yang juga seorang guru, Mahmad Kamel Ishak, bagaimanapun terselamat dalam insiden itu dengan mengalami kecederaan.
Pada 2 April 2018, Mahkamah Majistret mendapati Mohamad 'Atif bersalah dan menjatuhi hukuman penjara dua tahun serta denda RM5,000 atau 12 bulan penjara.
Pada 29 Sept 2019, Mohamad 'Atif telah dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan beliau untuk mengenepikan sabitan dan hukuman terhadapnya yang menyebabkan pendakwaan mengemukakan rayuan.
Mohamad 'Atif diwakili peguam Raja Mohd Afiq Raja Azmi dan Wan Norfarhan Liyana Wan Baharuddin manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farhana Khalid hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 27 2021

Mahkamah Rayuan pada Isnin mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan seorang juruteknik daripada pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang pembonceng motosikal enam tahun lepas. -Gambar hiasan

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Memandu secara berbahaya: Mahkamah Rayuan kekal keputusan bebaskan juruteknik
Mohamad 'Atif didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Mohd Tajul Din Amran di Jalan Gong-Kemubu, Machang, Kelantan pada kira-kira 6.40 pagi 26 Sept 2015.