Kaum Melayu mencatatkan kes kebankrapan tertinggi antara tempoh 2015 hingga 2019, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong.
Sewaktu sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Batu Sapi itu berkata, berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi, Melayu mencatat sebanyak 56 peratus daripada keseluruhan 80,625 kes bankrap, iaitu sebanyak 45,147 kes.
Ia diikuti kaum Cina sebanyak 26 peratus, India (11.3 peratus), dan lain-lain ( 6.7 peratus).
Liew berkata, statistik itu turut menyebut lelaki mencatat 69.7 peratus kes kebankrapan, manakala dari segi lingkungan umur, mereka yang berumur 25-34 tahun dan 45-54 tahun masing-masing mencatat peratus kebankrapan tertinggi iaitu sebanyak 25.3 peratus.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Willie Anak Mongin (PH - Puncak Borneo), yang ingin mengetahui jumlah rakyat Malaysia yang muflis antara 2015 hingga Ogos 2019.
Dalam pada itu, Liew berkata, kerajaan pada masa kini telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mengurangkan kadar kes kebankrapan di Malaysia.
“Antara langkah dan strategi bagi membantu golongan ini ialah dengan memberi kesedaran serta kefahaman kepada individu itu sendiri, dan masyarakat tentang risiko atau kesan daripada perintah kebankrapan.
“Kerajaan melalui Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga telah mengadakan program kesedaran tentang isu muflis. Ia melibatkan perancangan kewangan kepada semua peringkat umur supaya dapat ditangani masalah pengurusan kewangan di peringkat pra kebankrapan,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Oct 17 2019
Berdasarkan statistik Jabatan Insolvensi, Melayu mencatat sebanyak 56 peratus daripada keseluruhan 80,625 kes bankrap, iaitu sebanyak 45,147 kes. - Gambar fail
Malaysia dan Jordan bincang bantuan kemanusiaan untuk Palestin
Malaysia dan Jordan mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama dalam menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Belanjawan 2025: Komuniti India tidak terpinggir - Ramanan
Belanjawan 2025 jelas membuktikan bahawa komuniti India tidak dipinggirkan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, R. Ramanan.
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Belanjawan 2025: Kementerian Komunikasi akan pastikan semua maklumat sampai kepada rakyat - Fahmi
Lebih daripada 50 ikhtiar diumumkan dan di pihak kementeriannya, beliau memberi jaminan semua inisiatif itu akan disampaikan kepada rakyat.
Menteri Kabinet sambut baik pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan
Pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan disifatkan satu detik bersejarah buat negara.
Kewarganegaraan: RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 lulus, ini yang perlu diketahui
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan dengan sokongan lebih dua pertiga.
Kedai makan, medan selera 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan
Pasukan KL Strike Force mengenal pasti kedai makan dan medan selera di sekitar Jalan Pudu dan Jalan Loke Yew sebagai 'hotspot' terbaharu aktiviti persundalan.
Kanak-kanak hilang: Purata 770 kes setahun, ikut kawan, kekasih antara punca
Sepanjang tempoh 2020 hingga September 2024, seramai 3,847 kes kehilangan kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah direkodkan.
Serangan di Lubnan: Tiada kemalangan jiwa, kerosakan aset di bawah pasukan MALBATT
Pengiliran atur gerak terbaharu pasukan MALBATT 850-11 adalah dari 14 November 2023 hingga 14 November 2024 melibatkan seramai 653 anggota dan pegawai.
Penggulungan, pengundian pindaan Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan.
[KOLUMNIS] MoU Peruntukan Pembangkang: Demi kebaikan dan kematangan ahli politik
Cerita mengenai MoU ini sudah berbulan-bulan kedengaran tetapi penamatnya bagaimana?
KPM tubuh jawatankuasa khas kurangkan ketidakhadiran calon SPM
Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur Kehadiran Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025, ditubuh dalam usaha mengurangkan jumlah ketidakhadiran calon.
Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.