Golongan pertengahan Melayu yang dilahirkan menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu membantu generasi seterusnya supaya lebih berdaya saing, kata Presiden Angkatan Belia Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahim.
Menurutnya, apa yang berlaku hari ini, golongan tersebut tidak bertindak seperti bangsa lain yang membantu generasi seterusnya.
"Banyak di kalangan kita yang telah berjaya bukan nak membantu yang di bawah tetapi nak menambah lagi kekayaan kita.
"Ini beza dengan bangsa Tionghua contohnya, kalau mereka dapat biasiswa untuk menjadi doktor, mereka akan berusaha membantu untuk lahirkan seorang lagi doktor," katanya dalam Wacana Sinar Harian bertajuk 'Malaysia Baharu: Di Mana Melayu?', pada Selasa.
Mohamad Raimi juga berpendapat orang Melayu perlu bersaing secara sihat dengan bangsa lain tidak kira menerusi parti politik atau badan-badan bukan kerajaan (NGO).
Beliau juga menegaskan Abim menghormati hak kebebasan bersuara dan berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghormati hak mana-mana pihak menyatakan pandangan menerusi demonstrasi selagi ia memenuhi lunas undang-undang.
Selain itu, beliau berharap kepimpinan Melayu tidak hanya dilihat dari sudut kuantiti dan juga posisi kekuasaan sebaliknya perlu melihat kepada kualiti kepimpinan.
"Kualiti yang saya maksudkan ialah dari segi membawa isu, tidak kira ia merupakan isu melibatkan agenda Melayu.
"Tetapi pada saya, yang lebih mendesak dan penting ialah isu ekonomi orang Melayu, yang mana, pada saya, ia merentas parti politik," katanya lagi.
Selain itu, beliau mendesak semua NGO Melayu dan Islam untuk turut sama menyumbang ke arah proses reformasi yang sedang dilakukan oleh kerajaan PH.
Manakala bagi Timbalan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, isu kedudukan orang Melayu dalam era pemerintahan PH perlu dilihat dari segi falsafahnya.
"Siapa itu Melayu? Dalam perlembagaan kita, ditakrifkan Melayu itu beragama Islam, berbahasa Melayu, mengamal adat dan budaya Melayu. Tetapi sebenarnya, Melayu itu lebih besar dari takrif yang diberikan oleh perlembagaan.
"Sejarah orang Melayu bukan bermula pada 1948. Sejarahnya bermula lebih panjang dari itu. Melayu itu bukan sekadar bangsa, tetapi ia sebuah peradaban," katanya.
Katanya, apabila disebut ketuanan Melayu ia berkaitan dengan latar sejarah yang panjang mengenai peradaban Melayu.
Irwan Muhammad Zain
Tue Aug 07 2018

Mohamad Raimi berpendapat orang Melayu perlu bersaing secara sihat dengan bangsa lain tidak kira menerusi parti politik atau NGO. - Gambar Fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.

ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.

ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.

Masyarakat perlu terjemah seluasnya pemikiran Allahyarham Siddiq Fadzil - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata banyak fikrah Allahyarham Siddiq digunakan dalam gerak kerja beliau sepanjang berada di tampuk kepimpinan dalam kerajaan selama ini.

Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.

Konsep Islam dan kesederhanaan fokus utama Simposium Antarabangsa MADANI
Konsep kesederhanaan dalam Islam menjadi antara fokus utama perbincangan Simposium Antarabangsa MADANI anjuran Universiti Islam Malaysia (USIM) pada 3 dan 4 Julai ini.

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.

Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.

KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Resolusi UNSC mengenai tahanan mesti libatkan tahanan Palestin dipenjara Israel - ABIM
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) mengenai gencatan senjata dan pembebasan tahanan mesti dilihat dalam dimensi yang menyeluruh.