KUALA LUMPUR: Varian Delta COVID-19 mempunyai keupayaan menjangkiti yang lebih tinggi, walaupun terhadap mereka yang sudah disuntik dua dos vaksin.
Namun, jelas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan Malaysia (Kkm), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim, sistem pendinding diri boleh diperkuatkan lagi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Ia merangkumi pemakanan yang berkhasiat, pengurusan tekanan yang baik dengan melakukan aktiviti fizikal dan mental yang aktif sebagai antara contoh.
Jelasnya, kekuatan sistem imun tubuh tidak boleh bergantung kepada vaksin semata-mata.
"Jadi, mereka yang mendapat vaksin pertama, kita harap mereka akan dapatkan vaksin kedua dengan segera mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
"Sebabnya, varian baru Delta ini, sekiranya mereka menerima satu dos saja, kebolehan untuk mencegah jangkitan yang serius ini hanya lebih kurang 30 peratus saja.
"Tetapi, selepas lebih kurang dua tiga minggu selepas dos kedua, ia dapat melindungi lebih daripada 65 peratus untuk AstraZeneca dan 75 peratus atau lebih, kalau Pfizer.
"Kebolehan untuk mencegah daripada infeksi yang serius adalah lebih tinggi selepas menerima dos kedua.
"Jadi, sementara menunggu dos yang kedua, mereka harus lebih berhati-hati. Maksudnya, janganlah kita keluar rumah, melainkan untuk hal-hal penting. Dan kita kena sentiasa berwaspada," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Agenda AWANI pada Isnin.
Katanya, beliau risau melihat perkembangan di negara luar yang berasa sudah kebal selepas lengkap menerima dua dos.
"Apabila mereka sudah dapat dua dos, mereka rasa sudah kebal. Jadi, mereka keluar dan tidak mengendahkan lagi pengawalan kendiri yang tinggi.
"Di negara-negara ini terjadi peningkatan kes terhadap mereka yang telah menerima vaksin. Jadi, kita tak mahu perkara yang sama berlaku di negara kita," katanya.
Astro Awani
Tue Aug 10 2021
HISHAMSHAH: Sementara menunggu dos kedua, harus lebih berhati-hati, janganlah keluar rumah, melainkan untuk hal-hal penting. - Foto Facebook JKJAV
Tujuh ditahan culik remaja perempuan 15 tahun
Tujuh ditahan dipercayai terbabit dalam kes culik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dalam kejadian di Taman Kem, Pelabuhan Klang pada 16 November lalu.
[TERKINI] Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Polis menahan enam individu termasuk seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes kecurian sebuah kereta mewah jenis Ferrari, yang dilaporkan hilang 17 Nov di sebuah pusat cuci kereta di Hulu Kelang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
KKM kaji penggunaan ubat-ubatan lain rawat pesakit COVID-19 - Dr Hishamshah
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan selain Baricitinib untuk merawat pesakit COVID-19.
Varian Delta COVID-19: Beri perhatian aspek pengudaraan di tempat kerja
Hishamshah berkata, kita tidak boleh bergantung kepada satu strategi sahaja dalam menangani pandemik COVID-19 yang disebabkan varian Delta.
Melawan COVID-19: Perkuat sistem imun tubuh dengan gaya hidup sihat
Hishamshah berkata, sistem pendinding diri boleh diperkuatkan lagi dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Bekas pesakit kanser digalak terima vaksin - Dr Hishamshah
Tiada masalah bagi bekas pesakit kanser dan orang kurang upaya (OKU) menerima suntikan vaksin COVID-19.
KKM terus pantau perkembangan strain virus UK B117
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata turutan genom akan dilakukan dalam makmal sekiranya terdapat strain baharu.