KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan akan terus memantau dengan teliti perkembangan strain virus UK B117 walaupun belum dikesan di Malaysia setakat ini.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata turutan genom akan dilakukan dalam makmal sekiranya terdapat strain baharu.
"Bila pengembara yang mempunyai kaitan epidemiologi dengan kawasan-kawasan yang berkaitan ini (negara terjejas COVID-19), kita akan laksanakan turutan genom yang diperlukan kepada orang yang positif COVID-19," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'COVID-19: Setahun Sudah Berlalu' yang bersiaran di Bernama TV malam ini.
Pada Rabu, Singapura melaporkan satu kes yang disahkan dengan strain virus UK B117 membabitkan seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang menuntut di United Kingdom (UK) dari Ogos 2020, menurut Kementerian Kesihatan republik itu.
BACA: Malaysia masih belum terima laporan strain baharu COVID-19 UK - Dr Adham
Mengulas kebimbangan masyarakat mengenai mutasi baharu A701V dalam negara iaitu hasil kajian terhadap sampel kes dari Kluster Benteng LD di Sabah serta keberkesanan vaksin yang bakal diterima, Dr Hishamshah berkata vaksin sedia ada berkesan untuk melindungi rakyat daripada jangkitan mutasi atau strain baharu COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Rabu dilaporkan berkata mutasi baharu itu dikesan selepas pihaknya melaksanakan ujian terhadap 60 sampel dalam Kluster Benteng LD di Sabah namun tidak pasti impak klinikal seperti kadar kebolehjangkitan serta (bagaimana) keganasan virus (dalam mutasi itu).
Ketika ditanya mengenai langkah memendekkan tempoh kuarantin rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara kepada hanya 10 hari berbanding 14 sebelum ini, Dr Hishamshah berkata ia diambil selaras dengan syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan autoriti kesihatan luar seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).
"Dulu pada awal pandemik, kita tetapkan 14 hari tetapi apabila dilihat data dalam negara, kita dapati tiada banyak perbezaan antara 14 hari dengan 10 hari.
"...dan kita lihat risiko orang yang COVID-19, risiko dijangkiti lain adalah lebih tinggi pada minggu pertama infektiviti, selepas minggu pertama, peluang transmisi virus ini tidak tinggi. Jadi keputusan diambil untuk selaraskan tempoh kuarantin 14 hari kepada 10 hari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 24 2020
Mutasi baharu dikesan selepas KKM melaksanakan ujian terhadap 60 sampel dalam Kluster Benteng LD di Sabah namun tidak dapat dipastikan impak klinikalnya. - Gambar hiasan
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten.
AWANI Pagi: Undang-Undang Antarabangsa Selesaikan Isu Laut China Selatan
AWANI Pagi bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Mohamed Redza Zakaria melihat peranan undang-undang antarabangsa untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan.
Hos AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104m
Hos AWANI Pagi, Nursyazwani Saiful Sham berjaya mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang.
Terbit lebih banyak buku berkualiti, perkasa minat membaca
Proses meningkatkan minat golongan muda dengan bahan bacaaan berkualiti mengambil masa dan perlu dilakukan secara konsisten tetapi ia penting bagi mengelak golongan itu meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti kurang sihat.
KKM terus pantau perkembangan strain virus UK B117
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata turutan genom akan dilakukan dalam makmal sekiranya terdapat strain baharu.