AYER KEROH: Melaka akan mewujudkan semula jawatan Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi memantapkan lagi struktur pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang baharu dibentuk di negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengumuman lantikan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu akan dilakukan esok, melibatkan wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
“Lantikan Timbalan Exco yang akan (diumumkan) komposisinya nanti cantik serta menarik, dan meletakkan semua ADUN berperanan untuk bersama-sama dengan Exco yang dilantik di bawah pentadbiran saya, menjadi lebih mantap.
“Saya akan melantik Timbalan Exco dan saya akan umumkan esok selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri,” katanya hari ini.
Ab Rauf berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia 10 Exco yang berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini.
Terdahulu, 10 Exco mengangkat sumpah dengan tujuh ADUN dilantik semula menyertai barisan yang baharu itu dalam membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.
Pembentukan itu terdiri daripada sembilan ADUN BN dengan dua muka baharu serta seorang ADUN PH.
Mengulas lanjut, beliau yang juga ADUN Tanjung Bidara berkata, pendekatan mewujudkan jawatan Timbalan Exco bukan merupakan suatu pembaziran.
Sebaliknya, katanya, beliau mahukan semua ADUN BN dan PH dapat menyumbang peranan bersamanya dalam membawa Melaka ke peringkat yang lebih baik.
“Lain dahulu, lain sekarang. Ia bergantung kepada cara kita. Dan zaman saya uruskan ketika ini, lebih sesuai meletakkan Exco dengan mengadakan Timbalan Exco, untuk bekerjasama membangunkan Melaka.
“Bagi saya, ketika ini saya memerlukan semua wakil rakyat, untuk menunjukkan bahawa, tidak ada wakil rakyat yang tidak diberikan peranan untuk bersama saya majukan Melaka,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Apr 05 2023
![Melaka wujud semula Timbalan Exco, 10 ADUN akan dilantik esok Melaka wujud semula Timbalan Exco, 10 ADUN akan dilantik esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81680664089_AbRaufYusoh.jpg)
AB RAUF: Saya mahu tunjukkan bahawa tidak ada wakil rakyat yang tidak diberikan peranan untuk bersama saya majukan Melaka. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![UMNO Melaka berazam rampas semula kerusi DUN Sungai Udang pada PRU-16 UMNO Melaka berazam rampas semula kerusi DUN Sungai Udang pada PRU-16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721012758_AbRaufYusoh.jpg)
UMNO Melaka berazam rampas semula kerusi DUN Sungai Udang pada PRU-16
Ab Rauf mengingatkan jentera parti supaya tidak leka dalam menjayakan misi berkenaan, agar kedudukan UMNO di negeri itu menjadi lebih kukuh.
![Melaka berhasrat jadi gedung pantun negara, martabat warisan budaya - Ab Rauf Melaka berhasrat jadi gedung pantun negara, martabat warisan budaya - Ab Rauf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720661102_abraufyusoh.jpg)
Melaka berhasrat jadi gedung pantun negara, martabat warisan budaya - Ab Rauf
Antara usaha dilakukan ialah Gerbang Pantun Melaka dan Satu Kampung Satu Pantun selain pemerkasaan pantun di sekolah, jabatan dan agensi kerajaan.
![Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720599462_TBPERSIDANGANDUN.jpg)
Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka.
![Ab Rauf kemuka usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka Ab Rauf kemuka usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720509773_TBPERSIDANGANDUN.jpg)
Ab Rauf kemuka usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini mencadangkan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka.
![Program 'Melaka Bila Larut Malam' ditangguh, beri laluan sambutan Maal Hijrah 1446H Program 'Melaka Bila Larut Malam' ditangguh, beri laluan sambutan Maal Hijrah 1446H](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719985029_bangunanmerah.jpg)
Program 'Melaka Bila Larut Malam' ditangguh, beri laluan sambutan Maal Hijrah 1446H
Penganjuran program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife yang dijadualkan berlangsung minggu ini, ditangguhkan ke 13 Julai.
![Ab Rauf terima kunjung hormat Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Fan Bingbing Ab Rauf terima kunjung hormat Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Fan Bingbing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718363634_tbFanBingbing.jpg)
Ab Rauf terima kunjung hormat Duta Setiakawan Pelancongan Melaka Fan Bingbing
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menerima kunjung hormat bintang filem terkemuka China Fan Bingbing yang bakal dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka.
![Kemalangan rombongan guru SK Jeram: Kerajaan Melaka rakam takziah Kemalangan rombongan guru SK Jeram: Kerajaan Melaka rakam takziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717929783_kemalanganbasguru.jpg)
Kemalangan rombongan guru SK Jeram: Kerajaan Melaka rakam takziah
Kerajaan Melaka merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram yang terbabit dalam kemalangan di Rompin, Pahang awal pagi tadi.
![Pelantikan Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Melaka tarik pelancong antarabangsa Pelantikan Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Melaka tarik pelancong antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717834565_FanBingbing.jpg)
Pelantikan Fan Bingbing sebagai Duta Pelancongan Melaka tarik pelancong antarabangsa
Bintang filem China, Fan Bingbing yang dilantik sebagai Duta Pelancongan Melaka 2024 dilihat mampu memberi impak besar kepada sektor pelancongan negeri itu.
![Rakyat Melaka, pemastautin masuk percuma ke destinasi pelancongan bermula 24 Ogos ini Rakyat Melaka, pemastautin masuk percuma ke destinasi pelancongan bermula 24 Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717555403_ZooMelaka.jpg)
Rakyat Melaka, pemastautin masuk percuma ke destinasi pelancongan bermula 24 Ogos ini
Tawaran masuk percuma itu melibatkan antaranya Zoo Melaka, Melaka River Cruise, Menara Taming Sari dan Muzium Melaka.
![Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717298148_MenaraTamingSari.jpg)
Program 'Melaka Bila Larut Malam' tarik kedatangan pelancong
Usaha itu termasuk memperkenalkan pakej pelancongan baharu dan program menarik yang memberi impak kepada semua pemain industri di Melaka.