ALOR GAJAH: Kerajaan Negeri Melaka masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan bagi pengoperasian semula Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai di Banda Hilir di sini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pengoperasian kompleks itu melibatkan beberapa prosedur yang perlu dipatuhi termasuk prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 selain perbincangan pembukaan sempadan antara Malaysia dengan Indonesia yang masih belum diputuskan.
"Setakat ini, pelancong yang datang ke Melaka hanya melalui jalan darat. Bagi laluan laut pula, kita menunggu (kelulusan) daripada kerajaan Persekutuan kerana ia melibatkan isu pembukaan sempadan...(laluan itu menjadi pilihan) pelancong dari Indonesia masuk ke Melaka menggunakan feri.
"Selain itu, keputusan berkenaan turut membabitkan beberapa agensi lain di peringkat Persekutuan seperti Jabatan Laut dan Jabatan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas Program Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Melaka dan Perasmian Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Keluarga Malaysia Taman Bandar Baru Masjid Tanah di sini hari ini.
Kompleks ICQ Terminal Feri Antarabangsa Melaka-Dumai merupakan satu daripada akses masuk dan keluar rakyat dari Indonesia menerusi Dumai namun laluan tersebut ditutup ekoran penutupan sempadan antara Malaysia dan Indonesia berikutan penularan COVID-19.
Setakat ini, Malaysia masih menunggu kesediaan Indonesia dan Brunei untuk membenarkan pembukaan sempadan negara terbabit dan kerajaan sudah memaklumkan protokol am bagi kemasukan pengembara negara terbabit ke Malaysia selain bersedia mengadakan rundingan jika ada permintaan dari kedua-dua negara itu.
Mengulas lanjut, Sulaiman berkata semua pemain industri pelancongan di negeri itu telah bersedia menerima kedatangan pelancong khususnya dari Singapura untuk berkunjung ke destinasi pelancongan di negeri berkenaan setelah pembukaan semula sempadan antara Malaysia dan Singapura bermula tengah malam tadi.
Beliau berkata kedatangan pengunjung Singapura ke Melaka dijangka turut meningkat tetapi semua pihak termasuk pemain sektor pelancongan dan pelancong disaran terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar penularan COVID-19 dapat diputuskan.
"Walaupun kita berharap pembukaan sempadan ini akan membantu melonjakkan semula sektor ekonomi negeri dan juga rakyat, tetapi kita tidak boleh lalai atau cuai kerana jika tidak, kita bimbang berlaku peningkatan semula kes positif yang mendadak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
![Melaka tunggu lampu hijau Persekutuan untuk operasi semula ICQ Melaka tunggu lampu hijau Persekutuan untuk operasi semula ICQ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648794993_ICQ.jpg)
Setakat ini, pelancong yang datang ke Melaka hanya melalui jalan darat, manakala bagi laluan laut pula perlu menunggu kelulusan daripada kerajaan Persekutuan. - Bernama
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734684037_TerminalFeriAntara.jpg)
Terminal Feri Labuan sibuk, sesak menjelang Krismas
Ratusan kenderaan pelbagai jenis turut dilihat berbaris sepanjang lebih 300 meter menuju ke terminal feri seawal 7 malam.
![Pemeriksaan imigresen pandu lalu sepenuhnya di Terminal Feri Labuan lancar Pemeriksaan imigresen pandu lalu sepenuhnya di Terminal Feri Labuan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670314809_PANDULALU.jpg)
Pemeriksaan imigresen pandu lalu sepenuhnya di Terminal Feri Labuan lancar
Pemandu dan penumpang tidak perlu keluar dari kenderaan, hanya tunjukkan dokumen perjalanan (kad pengenalan) kepada petugas imigresen.
![Perjalanan feri ke Langkawi tidak terjejas akibat air pasang besar Perjalanan feri ke Langkawi tidak terjejas akibat air pasang besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81662889041_airpasangkualake.jpg)
Perjalanan feri ke Langkawi tidak terjejas akibat air pasang besar
Jadual perjalanan feri dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Langkawi tidak terjejas dengan fenomena air pasang besar yang berlaku hari ini.
![KDN arah Imigresen perketat kawalan di Terminal Feri Labuan KDN arah Imigresen perketat kawalan di Terminal Feri Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662817833_TBhamzahzainuddin.jpg)
KDN arah Imigresen perketat kawalan di Terminal Feri Labuan
Peruntukan sebanyak RM200,000 telah diluluskan untuk tindakan segera seperti menubuhkan kaunter khas bagi bukan penduduk Sabah dan Sabah.
![Melaka tunggu lampu hijau Persekutuan untuk operasi semula ICQ Melaka tunggu lampu hijau Persekutuan untuk operasi semula ICQ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71648794993_ICQ.jpg)
Melaka tunggu lampu hijau Persekutuan untuk operasi semula ICQ
Perbincangan pembukaan sempadan antara Malaysia dengan Indonesia masih belum diputuskan.
![Projek naik taraf dua terminal feri di P. Pinang siap menjelang Ogos Projek naik taraf dua terminal feri di P. Pinang siap menjelang Ogos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641723147_TanTeikCheng.jpg)
Projek naik taraf dua terminal feri di P. Pinang siap menjelang Ogos
Proses naik taraf terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda di George Town telah siap lebih 60 peratus.
![200 jaket keselamatan hilang sebulan, JKR tingkat kawalan di terminal feri 200 jaket keselamatan hilang sebulan, JKR tingkat kawalan di terminal feri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51642734359_lifejacket.jpg)
200 jaket keselamatan hilang sebulan, JKR tingkat kawalan di terminal feri
Antara isu yang merisaukan JKR Sarawak ialah keengganan penumpang menggunakan jaket keselamatan semasa berada di dalam feri.
![Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610529734_terminalferikuala.jpg)
Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.
![Johor bakal mempunyai satu lagi terminal feri antarabangsa Johor bakal mempunyai satu lagi terminal feri antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41597579454_PMJohor.jpg)
Johor bakal mempunyai satu lagi terminal feri antarabangsa
Terminal feri yang mampu melonjakkan aktiviti pelancongan negeri berkenaan akan dilengkapi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ).