LABUAN: Kementerian Dalam Negeri telah mengarahkan Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan kawalan lebih ketat di dua terminal feri di sini ke atas pengembara terutama bagi bukan penduduk Sabah yang ingin ke tanah besar Sabah.
Menteri berkenaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peruntukan sebanyak RM200,000 telah diluluskan untuk tindakan segera seperti menubuhkan kaunter khas bagi bukan penduduk Sabah dan Sabah.
"Kawalan lebih ketat diperlukan bagi memastikan tiada aliran bebas di pintu masuk utama terminal feri ke tanah besar Sabah di jeti-jeti Tanjung Pagar Sipitang, Menumbok dan Jesselton.
"Berdasarkan data, jumlah pengembara dari Labuan yang melakukan perjalanan ke Sabah melalui terminal feri adalah kira-kira 700,000 orang setiap tahun dan menurun sebanyak 50 peratus kepada 350,000 orang semasa pandemik COVID-19.
"Daripada jumlah itu, terdapat bukan penduduk Sabah dan telah ada isu yang diketengah oleh Kerajaan Negeri Sabah mengenai penyalahgunaan aliran bebas di terminal dan ini telah mengakibatkan berlaku keadaan di luar kawalan.
"Lawatan kerja saya hari ini ialah untuk memastikan kesemua terminal diberikan lebih perhatian demi keselamatan pengembara di Sabah dan Labuan... kita tidak pernah tahu (jika aliran bebas berterusan) pengembara yang bukan penduduk Sabah mungkin tinggal melebihi tempoh di Sabah," katanya selepas melawat terminal feri roll on-roll off (ro-ro) di sini hari ini.
Beliau berkata kawalan lebih ketat adalah bagi memastikan imigresen mempunyai kawalan penuh dalam aliran masuk keluar pengembara melalui terminal feri.
Hamzah berkata pengembara termasuk penumpang (dalam kenderaan melalui terminal feri ro-ro) perlu menjalani pemeriksaan imigresen.
Beliau berkata pengembara bukan penduduk Sabah dikehendaki melengkapkan borang 114 sebelum mereka dibenar melakukan perjalanan ke tanah besar Sabah.
"Pasport warga asing terbabit perlu dicap oleh pegawai imigresen sebelum melepasi kaunter imigresen di kesemua terminal dan kawalan lebih ketat ini adalah atas permintaan Kerajaan Negeri Sabah dan saya bersetuju," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin bercakap pada sidang media ketika melakukan lawatan kerja ke Terminal Feri Antarabangsa Labuan hari ini. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Masih kurang tenaga pengajar al-Quran Braille di Pahang
Tenaga pengajar al-Quran Braille di Pahang masih belum mencukupi dan usaha mengatasi isu berkenaan wajar dilaksanakan dengan kadar segera.

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.

Institusi pondok rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam – Saifuddin Nasution
Institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan KDN dan PDRM.

KDN kenal pasti calon Ketua Pengarah AKPS - Saifuddin Nasution
Proses pemilihan calon terbaik untuk mengemudi AKPS telah dibincangkan bersama Perdana Menteri selepas mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

KDN perkenal pas khas pelabur mulai 1 April - Saifuddin
Pas khas kepada pelabur atau kumpulan ekspatriat akan dikeluarkan mulai 1 April ini bagi membolehkan mereka tinggal lebih lama di negara ini untuk urusan perniagaan.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Penambahbaikan proses permit masuk pasangan warganegara dilaksanakan 1 Sept
Penambahbaikan proses permit masuk bagi pasangan warganegara akan dilaksanakan mulai 1 Sept depan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.