BUTTERWORTH: Projek menaik taraf dua terminal feri di Pulau Pinang yang mempunyai kemudahan setaraf lapangan terbang dan memenuhi keperluan Orang Kurang Upaya (OKU) dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos depan.
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng berkata, ketika ini proses naik taraf terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim di sini dan Pangkalan Raja Tun Uda di George Town dekat sini telah siap lebih 60 peratus iaitu 1.24 peratus lebih awal daripada jadual asal.
"Kedua-dua terminal feri mempunyai anggaran keluasan 400 meter persegi.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan proses menaik taraf yang sudah capai lebih 60 peratus. Kita jangka setiap terminal yang mampu menampung 300 orang pada satu-satu masa itu boleh beroperasi sebelum Hari Kebangsaan nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di dua terminal itu hari ini.
Projek naik taraf sejak tahun lepas itu antaranya bertujuan memudahkan pejalan kaki, pengguna motosikal serta basikal menggunakan perkhidmatan feri pada masa hadapan.
Tan berkata apabila siap kelak, kedua-dua terminal itu akan dilengkapi kemudahan serba moden dan lengkap termasuk reka bentuk universal bagi memenuhi keperluan OKU.
Beliau bagaimanapun tidak dapat memperincikan jumlah peruntukan atau kos perbelanjaan bagi menaik taraf kedua-dua terminal tersebut kerana ia dibawah projek Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dan ia akan diumumkan kemudian oleh PPSB.
Katanya pada tahun hadapan lima feri baharu bernilai RM30 juta yang diperuntuk kerajaan pusat akan digunakan di kedua-dua terminal tersebut bagi memudahkan pejalan kaki, motosikal serta basikal berulang-alik dari tanah besar ke bahagian pulau serta sebaliknya.
"Berdasarkan unjuran ramalan, pada 2023 akan mencatatkan sejumlah 1,643,919 penumpang menggunakan perkhidmatan feri dan akan meningkat kepada 1,685,430 orang menjelang 2028," katanya.
Beliau berkata basikal dan motosikal pula akan mencatatkan penggunaan antara 680,000 hingga 711,000 buah pada tahun hadapan dan pada 2028 jumlah pengendalian kenderaan dua roda tersebut dijangka terus kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022

Teik Cheng berkata, proses naik taraf terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda di George Town telah siap lebih 60 peratus. - Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Tak mustahil BN singkir MCA berlaku' - Penganalisis
Menurut Ariff Aizuddin, situasi sedemikian mampu menjarakkan lagi BN dengan penyokong bukan Melayu terutamanya pengundi Cina.

Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.

Malaysia peroleh manfaat kerjasama saling untung
Daya pengendalian pelabuhan tersebut terus melonjak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kerja naik taraf dua terminal feri Pulau Pinang siap sebelum Julai
Kerja-kerja di dua terminal tersebut sudah mencapai 90 peratus dan akan dibuka serentak.

Projek naik taraf dua terminal feri di P. Pinang siap menjelang Ogos
Proses naik taraf terminal feri Pangkalan Sultan Abdul Halim dan Pangkalan Raja Tun Uda di George Town telah siap lebih 60 peratus.

Kapal persiaran mula beroperasi di Pulau Pinang
Sebuah syarikat kapal persiaran akan memulakan kembali operasi melibatkan destinasi domestik dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bermula 22 Dis ini di Pulau Pinang.

SPPP beri jaminan nasib peniaga Pangkalan Raja Tun Uda terbela
SPPP juga berhasrat untuk tidak mengenakan sewa buat sementara waktu kepada peniaga yang akan berpindah dari Pangkalan Raja Tun Uda ke SPCT.

Lebih 10,000 guna bot laju Pulau Pinang pada hari pertama
Rata-rata pengguna yang juga pejalan kaki teruja menaiki bot laju itu dan berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut yang disifatkan cepat dan selesa.

Tawaran ubah suai feri Pulau Pinang jadi produk pelancongan akan dibuka
Dua buah feri sedia ada akan diubah suai sebagai restoran terapung, muzium atau pelayaran pelancongan.

Feri ikonik P. Pinang hanya untuk motosikal, basikal bermula 1 Jan
Bermula 1 Januari ini, perkhidmatan feri lama hanya boleh digunakan oleh penunggang motosikal dan basikal manakala perkhidmatan feri untuk membawa kereta ditamatkan sepenuhnya.