MELAKA: Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan bagi menyesuaikan inisiatif itu di peringkat negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata kenaikan berkenaan akan menambah perbelanjaan kewangan kerajaan negeri dan perlu berusaha mencari sumber pendapatan baharu bagi mengimbangi perbelanjaan.
"Pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Pekerja baru-baru ini akan dibentangkan dalam Bajet 2025 kerana kenaikan itu dijangka berkuat kuasa 1 Dis tahun ini.
"Jadi Melaka masih punya masa untuk melihat bagaimana prestasi penjawat awam di Melaka menunjukkan kemampuan kerajaan negeri untuk menyumbang kepada kenaikan gaji selaras dengan kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis perhimpunan bulanan kerajaan negeri Melaka di sini hari ini.
Justeru itu, beliau mengingatkan penjawat awam negeri dan Persekutuan di Melaka untuk saling bekerjasama dalam semua aspek bagi memajukan negeri itu agar hala tuju kerajaan negeri dapat dicapai.
Beliau berkata sebagai contoh, semua projek atau tatakelola yang telah diputus atau diluluskan kerajaan negeri khususnya melibatkan sektor pelaburan, mendapat kerjasama baik agensi di peringkat Persekutuan agar tidak berlaku kelewatan.
Dalam perkembangan lain, Ab Rauf berkata platform rasmi menerusi aplikasi Telegram kerajaan negeri di saluran MyMelaka News yang dilancarkan hari ini bakal menjadi wadah penyampaian hebahan mengenai promosi dan publisiti bagi semua aktiviti kerajaan negeri kepada seluruh rakyat negeri itu dan kumpulan sasar.
Beliau berkata menerusi medium berkenaan, penjawat awam diberi ruang memberikan idea dan pandangan dalam usaha memajukan lagi Melaka merangkumi pelbagai aspek dan menjadi platform komunikasi dua hala antara semua penjawat awam di negeri itu.
"Saya menawarkan cenderahati sebanyak RM500 hingga RM10,000 kepada penjawat awam yang dapat memberi idea bernas dan kreatif menerusi saluran Telegram berkenaan dengan syarat ia bertujuan memperhebat sistem pentadbiran kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 21 2024

Ab Rauf berkata kenaikan berkenaan akan menambah perbelanjaan kewangan kerajaan negeri dan perlu berusaha mencari sumber pendapatan baharu. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Gaji Ketua Menteri Melaka, Exco dipotong 10 peratus selama setahun bermula Januari
Selain potongan gaji 10 peratus, kerajaan Melaka juga umum Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada 5,000 penjawat negeri ini.

Melaka umum 35 pelantikan baharu jawatan utama pentadbiran kerajaan negeri
Pelantikan bagi memantapkan dan melancarkan proses tadbir urus serta sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Pulau Besar Melaka hendak dijual kepada Singapura? Ketua Menteri tampil dengan penjelasan
Kerajaan negeri Melaka menafikan dakwaan bakal menjual pemilikan Pulau Besar kepada syarikat swasta dari Singapura untuk dibangunkan.