MELAKA: Kerajaan Melaka menerima peruntukan berjumlah RM30 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memacu sektor pelancongan negeri itu pada tahun ini, kata Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Beliau berkata, daripada jumlah itu peruntukan berjumlah RM25 juta diterima bagi melaksanakan usaha memelihara dan memulihara tapak Warisan Dunia Yang Diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Peruntukan berkenaan turut diterima kerajaan Pulau Pinang dan dana itu disalurkan setiap tahun kepada kedua-dua negeri berkenaan bagi memastikan semua bangunan dan monumen warisan dalam kawasan Tapak Warisan UNESCO sentiasa berada dalam keadaan yang baik agar status Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO dapat terus dikekalkan pada masa hadapan.
"Peruntukan RM25 juta ini disalurkan kepada Melaka pada majlis khas semalam di Pulau Pinang bagi memugar dan memelihara bangunan yang terdapat dalam kawasan tapak UNESCO terutama di kawasan sekitar Banda Hilir dengan antara bangunan terlibat ialah mahkamah lama, Stadthuys, Bukit St Paul atau Bukit Melaka.
"Selain itu menerusi perutukan berkenaan, ia juga akan digunakan bagi menjalankan pelbagai kajian bagi memajukan sektor pelancongan negeri dan produk pelancongan baharu seperti terowong lama yang dipercayai wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka di kawasan Banda Hilir yang terhenti sebelum ini," katanya kepada pemberita di sini lewat malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Merakyatkan Seni dan Budaya @ Jonker Melaka yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Datuk Mohd Zamri Mat Zain dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris.
Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, Melaka turut menerima peruntukan tambahan berjumlah RM5 juta bagi melaksanakan program dan aktiviti mempromosikan Tahun Melaka Melaka 2024 (TMM 2024) pada tahun ini.
Katanya, antara program yang dirangka pada tahun ini bagi mempromosikan TMM 2024 ialah Pertandingan Memancing dan Memasak Ikan Air Tawar di Sungai Melaka dan Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 pada September depan.
"Bagi menjalankan promosi TMM 2024, peruntukan RM5 juta berkenaan tidak mencukupi kerana kita memerlukan peruntukan tidak kurang RM20 juta bagi melaksanakan TMM 2024 tetapi Alhamdulillah, kita menerima kerjasama dan bantuan yang sangat baik daripada MOTAC bagi melancarkan usaha yang telah dirangka," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, setakat ini, persiapan Melaka dalam pelbagai aspek bagi menghadapi TMM 2024 telah mencapai tahap 85 peratus dan beliau yakin persiapan penuh dapat dicapai menjelang akhir tahun ini.
Terdahulu, katanya Festival Merakyatkan Seni dan Budaya @ Jonker Melaka yang diadakan selama tiga hari bermula semalam (Jumaat) di Jalan Harmoni yang dulu dikenali Jalan Tukang Emas itu melibatkan penyertaan tiga rumah ibadat berusia ratusan tahun yang terletak di jalan berkenaan iaitu Masjid Kampung Kling, Tokong Cheng Hoon Teng dan Kuil Sri Poyyatha Vinayagar Moorthi.
Beliau berkata, festival bertema 'Warisan Akar Umbi' itu turut menganjurkan Kenduri Muhibbah: Makan Ala 'Tok Panjang' di pekarangan Pentas Opera di hadapan Tokong Cheng Hoon Teng selain Program Silang Budaya melibatkan kumpulan kesenian dari Melaka seperti ialah Trio Peranakan Melaka, Kumpulan Kesenian JKKN Melaka dan Negeri Sembilan (Canang Sendeng Cak Lempong), Kumpulan Tarian Singa dan Tarian Naga Jonker Walk, Persatuan Barongan dan Kuda Kepang Kampung Parit Bugis, Muar, Johor serta Kiawaian Dance Club, Tambunan, Sabah serta persembahan nyanyian melibatkan artis tempatan antaranya Amir Masdi, Vince Chong dan Soo Winci. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
![Melaka terima peruntukan RM30 juta pelihara tapak UNESCO, promosi TMM 2024 Melaka terima peruntukan RM30 juta pelihara tapak UNESCO, promosi TMM 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81687086963_DatukAbdulRazakAb.jpg)
Abdul Razak (lima dari kiri) berkata, Melaka menerima peruntukan tambahan berjumlah RM5 juta bagi melaksanakan program dan aktiviti mempromosikan TMM 2024 pada tahun ini. - Gambar fail/Bernama
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
![Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721173567_tbbusplummetsoffc.jpg)
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Niaga AWANI: [Transisi tenaga] Cabaran besar menanti Malaysia
Fokus perubahan tenaga yang Malaysia mahu laksanakan hadir dengan cabaran yang besar dan memerlukan bukan sahaja iltizam politik, sebaliknya sistem utuh dan kerjasama pelabagai pihak khususnya sektor korporat.
AWANI Pagi: Keselamatan kebakaran dalam pemasangan panel solar atas bumbung
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 8.30 pagi,
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama PgB Muhamad Zahin Ishak, Pegawai Cawangan Perakuan Keselamatan Kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membincangkan antaranya langkah-langkah keselamatan utama yang perlu diambil semasa pemasangan panel solar atas bumbung untuk mengurangkan risiko kebakaran.
![Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721173465_tblelakiditahanAI.jpg)
Guna AI, sunting gambar rakan wanita jadi bogel
Media tempatan melaporkan, sekitar 20 wanita telah diubah gambar mereka kepada foto bogel.
![Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721173401_tbfloodedsectionD.jpg)
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
![Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721172424_tbGrandHyattErawan.jpg)
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
![MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719799835_NigelWongPresiden.jpg)
MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan
Ia melibatkan usaha bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan yang mempengaruhi pelbagai aspek dalam industri pelancongan.
![Bas terbalik Genting Highlands: Lesen syarikat pelancongan digantung sementara Bas terbalik Genting Highlands: Lesen syarikat pelancongan digantung sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719721205_TiongKingSing.jpg)
Bas terbalik Genting Highlands: Lesen syarikat pelancongan digantung sementara
MOTAC menggantung sementara lesen syarikat pelancongan yang terlibat dalam insiden bas membawa pelancong China terbalik di Kilometer 16.5 Jalan Genting Highlands pada Sabtu.
![Perak harap MOTAC bantu pembangunan Lembah Lenggong Perak harap MOTAC bantu pembangunan Lembah Lenggong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718026580_SaaraniMohamad.jpg)
Perak harap MOTAC bantu pembangunan Lembah Lenggong
Bantuan amat diperlukan bagi melaksanakan pembangunan terancang selain memastikan khazanah warisan negeri itu kekal terpelihara.
![King Sing mohon maaf isu cadang Langkawi destinasi pilihan Muslim King Sing mohon maaf isu cadang Langkawi destinasi pilihan Muslim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719659054_TiongKingSing.jpg)
King Sing mohon maaf isu cadang Langkawi destinasi pilihan Muslim
Datuk Seri Tiong King Sing memohon maaf berhubung cadangan yang dibuat timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai destinasi pilihan Muslim.
![MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719479581_TBMyCEB.jpg)
MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi
MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan.
![Polis buru individu hantar bom palsu di MOTAC Polis buru individu hantar bom palsu di MOTAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437020865_PolisLogo.jpg)
Polis buru individu hantar bom palsu di MOTAC
Lakaran lelaki memakai pelitup muka itu, dirakam di pejabat sebuah syarikat penghantaran di Sungai Buloh, Selangor, pada hari sama bungkusan itu dikirim ke MOTAC.
!['Saya tidak berniat mulakan perang mulut, tetapi mahu pertahankan pegawai' - King Sing 'Saya tidak berniat mulakan perang mulut, tetapi mahu pertahankan pegawai' - King Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719201561_TBTiongKingSing.jpg)
'Saya tidak berniat mulakan perang mulut, tetapi mahu pertahankan pegawai' - King Sing
Pihak yang terlibat digesa menahan diri daripada menyerang langkah-langkah dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan tanpa asas melalui semua saluran untuk agenda peribadi.
![Pasukan Petugas Khas jemaah haji tamat 12 malam ini Pasukan Petugas Khas jemaah haji tamat 12 malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718968813_DatukSeriRamliMoh.jpg)
Pasukan Petugas Khas jemaah haji tamat 12 malam ini
Pasukan Petugas Khas jemaah Haji terkandas yang diaktifkan di KLIA bermula 10 Jun lalu akan menamatkan tugas mereka pada jam 12 malam ini.
![Peserta MM2H rancakkan ekonomi, tidak layak mohon PR Peserta MM2H rancakkan ekonomi, tidak layak mohon PR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718425954_TiongKingSing.jpg)
Peserta MM2H rancakkan ekonomi, tidak layak mohon PR
Peserta baharu Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi ketiga-tiga kategori Platinum, Gold dan Silver tidak layak untuk memohon status penduduk tetap (PR).
![Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718359722_tbTiongKingSingM.jpg)
Ganding bahu, serius dan perkemas strategi untuk pastikan kejayaan VM2026 - Tiong
Kenal pasti kelemahan untuk diperbaiki juga kekuatan untuk diperkuatkan lagi untuk menggamit lebih ramai pelancong datang ke negara ini.