MELAKA: Kerajaan Melaka menerusi Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan negeri sedang memuktamadkan inisiatif yang akan ditawarkan kepada rakyat negeri ini dalam Bajet 2023 yang dijangka dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Disember ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata justeru, semua ketua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan Persekutuan diminta memberikan input dan maklum balas berkaitan peruntukan masing-masing kepada Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan negeri selewat-lewatnya tiga minggu sebelum pembentangan dilakukan.
"Segala input atau maklum balas yang diperoleh daripada setiap agensi atau jabatan akan diguna pakai untuk kita menentukan berapa jumlah peruntukan atau perbelanjaan bagi pembangunan yang boleh kita belanjakan pada Bajet 2023," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.
Beliau berkata ketua jabatan dan agensi negeri dan Persekutuan khususnya yang mempunyai hubungan secara langsung dengan orang ramai seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) turut diminta menyelesaikan aduan rakyat tertunggak dalam kadar segera.
Katanya kelewatan atau kegagalan menyelesaikan aduan tersebut akan memberi persepsi negatif rakyat pada kerajaan negeri malah boleh dijadikan modal politik oleh pihak tertentu untuk menyalahkan pentadbiran kerajaan negeri menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Sulaiman berkata revolusi pendigitalan dalam pengurusan perkhidmatan awam khususnya melibatkan aduan rakyat juga membolehkan setiap isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan lebih cepat dan berkesan.
"Kita kena memberi penjelasan yang sebaiknya bagi setiap aduan yang disalurkan... ada yang kita menunggu peruntukan, ada yang dalam kajian... ia bergantung pada jenis aduan yang disalurkan kepada PBT, Jabatan Pengairan dan Saliran atau agensi berkaitan.
"Kalau perkara kecil dalam bajet sedia ada, elok diselesaikan segera. Apa maklumat yang kita ada berkaitan aduan yang disalurkan, mesti dimaklumkan kepada pengadu," katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap jentera pengurusan bencana di setiap peringkat terutama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sentiasa bersiap siaga bagi memastikan bantuan kepada mangsa dapat diberi lebih awal dan pantas.
Katanya sokongan aset, sumber manusia serta kemudahan di pusat pemindahan sementara (PPS) juga perlu diberi perhatian agar tindak balas serta bantuan kepada mangsa dapat diberikan dengan lancar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

Sulaiman berkata revolusi pendigitalan dalam pengurusan perkhidmatan awam khususnya melibatkan aduan rakyat juga membolehkan setiap isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan lebih cepat dan berkesan. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Kemalangan rombongan guru SK Jeram: Kerajaan Melaka rakam takziah
Kerajaan Melaka merakamkan ucapan takziah kepada seluruh anggota keluarga rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram yang terbabit dalam kemalangan di Rompin, Pahang awal pagi tadi.

Melaka sedang muktamad inisiatif Bajet 2023 - Sulaiman
Ketua jabatan dan agensi di peringkat negeri dan Persekutuan diminta memberikan input dan maklum balas berkaitan peruntukan masing-masing kepada Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan negeri.

LTTE: Kerajaan Melaka beri kerjasama sepenuhnya kepada polis
Ketua Menteri Adly Zahari berkata pihaknya mahu siasatan dijalankan dengan telus dan tindakan mengikut undang-undang sedia ada perlu diambil.