MELAKA: Kerajaan negeri Melaka dalam perancangan membangunkan dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) baharu di negeri itu, masing-masing satu di kawasan Nyalas di Jasin dan Kuala Linggi di Alor Gajah.
Timbalan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Zulkiflee Mohd Zin berkata pembinaan BPP baharu itu, dikemukakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, dan ia melibatkan kawasan pedalaman yang jauh dari BPP sedia ada.
Beliau berkata pembinaan BBP berkenaan, bertujuan memastikan jentera dan anggota bomba dapat tiba di lokasi kejadian seperti kebakaran atau kemalangan dalam masa yang singkat.
"Sebagai contoh, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi memang kita ada cawangan BPP terdekat iaitu di Masjid Tanah, namun jika pada musim cuti perayaan, kawasan berkenaan agak sesak dengan trafik, sehingga menyebabkan bantuan jentera tidak dapat sampai pada waktu yang sepatutnya.
"Justeru, kerajaan negeri akan berusaha mencari tapak yang sesuai dan peruntukan daripada kerajaan pusat, bagi membina dua BPP berkenaan agar perkhidmatan bomba kepada masyarakat dapat dipermudahkan," katanya di sini semalam.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran Anjuran JBPM Melaka, yang turut dihadiri Pengarah JBPM negeri Abu Bakar Katain.
Zulkiflee berkata setakat ini, Melaka mempunyai 11 BPP melibatkan dua zon di negeri itu.
Sementara itu, Abu Bakar berkata sebanyak 70 peratus daripada 329 premis di Melaka yang ditetapkan untuk mempunyai Sijil Perakuan Bomba (FC), telah memiliki perakuan berkenaan setakat hari ini.
Beliau berkata premis berkenaan meliputi sembilan kategori, antaranya bangunan kerajaan, premis industri, komersial, pusat beli belah, hotel penginapan dan bangunan pejabat.
"FC berkenaan merupakan satu perakuan yang wajib ada bagi sesebuah premis, yang ditetapkan di bawah sembilan kategori berkenaan selari dengan Akta Bomba dan Penyelamat 1988 dan ia perlu diperbaharui setiap tahun. Pemilik premis diseru memastikan mereka memandang serius aspek kepatuhan memiliki perakuan berkenaan," katanya.
Abu Bakar berkata perakuan berkenaan bertujuan memastikan sesebuah premis atau bangunan, berada dalam keadaan selamat atau bebas daripada kerosakan yang boleh menjejaskan keselamatan awam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 25 2023
![Melaka rancang bina dua BPP baharu di Nyalas dan Kuala Linggi Melaka rancang bina dua BPP baharu di Nyalas dan Kuala Linggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690320101_ZulkifleeMohdZin.jpg)
Zulkiflee (tengah) merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran Anjuran JBPM Melaka di Melaka, 25 Julai 2023. Turut hadir, Pengarah Bahagian Latihan JBPM Datuk Norazam Khamis (dua, kanan) dan Abu Bakar (dua, kiri). --fotoBERNAMA
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
![24 motosikal musnah, bengkel terbakar 24 motosikal musnah, bengkel terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738232266_bengkel.jpg)
24 motosikal musnah, bengkel terbakar
Kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa.
![Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737956940_pemanduloriyangt.jpg)
Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.
![Tiga lelaki maut dalam kemalangan dua kereta di Tangkak Tiga lelaki maut dalam kemalangan dua kereta di Tangkak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737790060_tbkemalanganmautT.jpg)
Tiga lelaki maut dalam kemalangan dua kereta di Tangkak
Tiga lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 45 Jalan Muar-Segamat di Tangkak, malam tadi.
![Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-06/81435595400_KebakaranFire.jpg)
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar makmal - Bomba
Siasatan menyeluruh sudah dilakukan di lokasi kejadian berlaku antara 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari baru-baru ini.
![Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di Skudai Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di Skudai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732859102_Bomba.jpg)
Lelaki cedera dalam kebakaran lapan gerai makan di Skudai
Seorang lelaki melecur pada tangan kiri dalam kebakaran membabitkan lapan gerai makan di Taman Sri Puteri, Skudai di sini, petang tadi.
![Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735894970_TBMAUTTERSEPIT.jpg)
Penunggang motosikal maut tersepit bawah kereta
Mangsa berusia 35 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
![Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/41585043738_BOMBA.jpg)
Bomba selamatkan empat terperangkap di matau balak
Arus deras di kawasan berkenaan menyukarkan pekerja berkenaan untuk keluar daripada kawasan itu.
![Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731770642_DrownGeneric.jpg)
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
![Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732189942_GuaIkanterpera.jpg)
Paras air meningkat, 40 mangsa terperangkap dalam gua berjaya diselamatkan
Semua mangsa berjaya diselamatkan menggunakan bot dan dibawa ke tempat selamat.
![Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728797835_TBterbakar.jpg)
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri