MELAKA: Kerajaan Melaka akan bekerjasama dengan kerajaan Indonesia khususnya Wilayah Riau untuk memajukan sektor pelancongan masing-masing menerusi pakej 'Tukar-Tukar Rasa' pada tahun hadapan.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata antara subsektor pelancongan yang akan diberi penekanan menerusi pakej percutian berkenaan ialah pelancongan kulinari, keluarga dan budaya.
"Menerusi 'Tukar-Tukar Rasa' ini kita akan mencari persamaan antara Melaka dan Riau khususnya dalam sektor pelancongan bagi mewujudkan pakej pelancongan menarik.
"Sebagai contoh, Melaka dan Riau mempunyai banyak makanan unik dan sedap yang rata-ratanya belum dirasai pelancong dari kedua-dua destinasi ini... jadi ia akan menjadi satu daripada tumpuan pakej yang kita akan wujudkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rundown Pameran Riau Tourism 2022 di sini pada Sabtu.
Beliau berkata menerusi pengenalan pakej 'Tukar-Tukar Rasa' itu, kerajaan negeri menyasarkan kira-kira satu juta pelancong dari Indonesia terutama dari Wilayah Riau melancong ke Melaka sepanjang tahun hadapan.
Program Rundown Pameran Riau Tourism 2022 selama empat hari bermula Khamis lepas melibatkan 15 gerai pameran produk, perkhidmatan dan pakej pelancongan yang ditawarkan pemain industri dari Wilayah Riau.
Muhammad Jailani berkata ia dianjurkan sebagai usaha memperkasakan produk atau program pelancongan negeri Melaka dan kebudayaan luar negara terutama Indonesia.
Beliau berkata ia juga bertujuan meningkatkan jalinan kerjasama antara penggiat sektor pelancongan dan kebudayaan untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah destinasi pilihan pelancong.
Dalam perkembangan lain, Muhammad Jailani berkata kerajaan negeri bercadang untuk menganjurkan Tahun Melawat Melaka namun belum memuktamadkan tahun pelaksanaannya.
"Kita akan mulakan persiapan penganjuran Tahun Melawat Melaka bermula tahun hadapan. Setakat ini sektor pelancongan Melaka telah pulih sebanyak 70 peratus dan pada suku pertama tahun hadapan kita jangkakan ia pulih 100 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 10 2022

MUHAMMAD JAILANI: Menerusi 'Tukar-Tukar Rasa' ini kita akan mencari persamaan antara Melaka dan Riau khususnya dalam sektor pelancongan bagi mewujudkan pakej pelancongan menarik. -Gambar fail/Bernama

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Gagal serah surat balas rasmi, nasib ADUN Rembia ditentukan minggu depan
Tindakan itu diambil selepas Muhammad Jailani gagal menyerahkan surat balas rasmi dalam tempoh dua minggu berhubung tindakan beliau menyertai Pas.

"Kita jumpa di mahkamah", kata Asyraf Wajdi kepada ADUN Rembia
Setiausaha Agung UMNO hari ini mengemukakan dokumen perjanjian didakwa ditandatangani oleh ADUN Rembia Datuk Muhammad Jailani Khamis.

‘ADUN Rembia, boleh mula kumpul tin bayar denda UMNO RM100 juta’ - Akmal Saleh
Muhamad Akmal mengingatkan ADUN Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis untuk bersedia membayar RM100 juta kepada UMNO sebagai balasan menyertai parti lain.

Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.

Ketua Menteri Melaka: Mungkin Jailani lupa dia 'tebuk atap' dulu - Akmal Saleh
Tiada isu kerajaan tebuk atap kerana kekosongan jawatan ketua menteri telah berlaku dan perubahan ini hanya merupakan transisi peralihan kuasa.

Melaka batal sambutan Ambang Tahun Baharu 2023
Kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan sambutan malam Ambang Tahun Baharu 2023 yang sepatutnya diadakan pada 31 Dis ini di Taman Seribu Bunga.

Melaka kerjasama dengan Riau wujudkan pakej pelancongan
Antara subsektor pelancongan yang akan diberi penekanan menerusi pakej percutian berkenaan ialah pelancongan kulinari, keluarga dan budaya.

Pertunjukan akrobatik, sarkas bakal jadi acara kalendar pelancongan Melaka 2023
Great British Circus dilihat mampu menarik lebih 30,000 pengunjung sepanjang pertunjukan bermula 15 Okt hingga 13 Nov ini.

Replika durian gergasi tidak jejaskan kawasan warisan sejarah Melaka- Exco
Pengunjung ke Melaka kini disajikan dengan satu lagi tarikan di Banda Hilir iaitu replika durian gergasi yang bersaiz 6.3 meter tinggi.

Pertukaran nama Bukit St Paul boleh dilaksanakan tahun ini - Exco
Terdapat beberapa sumber sejarah yang perlu dikenal pasti sebelum ia dibawa ke peringkat seterusnya untuk diwartakan.