MELAKA: Pertunjukan akrobatik dan sarkas bakal diketengahkan dalam kalendar pelancongan negeri pada 2023, dalam usaha Melaka mencapai sasaran lima juta pelancong melawat ke Negeri Bersejarah ini.
Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata Great British Circus yang telah tiga kali mengadakan pertunjukan di negeri ini sejak 2018, dilihat mampu menarik lebih 30,000 pengunjung sepanjang pertunjukan bermula 15 Okt hingga 13 Nov ini.
"Untuk itu, kerajaan negeri merancang mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersama penganjur sarkas tersebut bagi memastikan penganjuran ini akan diteruskan pada tahun mendatang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pertunjukan Great British Circus di Dataran Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) di sini malam tadi.
Katanya jumlah pengunjung sarkas itu dijangka meningkat menjelang cuti sambutan Deepavali hujung minggu ini, memandangkan Melaka sering menjadi tumpuan pelawat setiap kali cuti perayaan mahupun cuti sekolah.
Muhammad Jailani berkata sekiranya perkara ini direalisasikan dan dimasukan dalam takwim pelancongan Melaka, pihaknya akan melakukan beberapa penambahbaikan bagi memastikan pertunjukan akrobatik dan sarkas ini menjadi pilihan pengunjung ke Melaka.
Pada masa sama, beliau percaya kerjasama yang bakal diwujudkan dengan pihak penganjur khususnya dari luar negara itu dilihat mampu mengcungkil bakat-bakat yang dimiliki anak tempatan dalam pertunjukan sedemikian.
"Mereka ini mempunyai kemahiran, pengalaman dan pengetahuan luas dalam pertunjukan akrobatik dan sarkas. Jadi, sekiranya ada kerjasama antara kedua-dua pihak, kita percaya banyak bakat-bakat anak Melaka dalam pertunjukan jenis ini akan dapat diketengahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 20 2022

Jumlah pengunjung sarkas itu dijangka meningkat menjelang cuti sambutan Deepavali hujung minggu ini. - Foto Facebook/Great British Circus Malaysia

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pertunjukan akrobatik, sarkas bakal jadi acara kalendar pelancongan Melaka 2023
Great British Circus dilihat mampu menarik lebih 30,000 pengunjung sepanjang pertunjukan bermula 15 Okt hingga 13 Nov ini.