MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka menjalin kerjasama dengan 80 agensi pelancongan dari Filipina untuk menarik kedatangan kira-kira 120,000 pelancong dari negara itu pada tahun depan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024).
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kerjasama itu dilaksanakan menerusi kempen TMM 2024 di bawah program Sales Mission melalui Bahagian Promosi Pelancongan negeri dan Tourism Malaysia pada 21 hingga 26 Mei lepas.
"Dalam siri jelajah untuk mempromosikan TMM 2024, kita telah melaksanakan kempen ini di Manila dan Davao, Filipina bagi memperluas usaha promosi di peringkat rantau Asia Tenggara melibatkan 20 delegasi dari Melaka termasuk pemain sektor pelancongan di negeri itu.
"Di Manila, kita akan bekerjasama dengan 50 agensi pelancongan di sana manakala di Davao pula 30 agensi atau pemain industri pelancongan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Program Menyemarakkan Seni Budaya Gegau Seni Budaya @ Melaka yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Panggung Seri Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka di sini.
Abdul Razak berkata, menerusi kerjasama itu, pelbagai pakej pelancongan yang menarik akan ditawarkan pemain industri pelancongan di Melaka kepada agensi pelancongan terlibat bagi menarik pelancong dari negara berkenaan.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kempen mempromosikan TMM 2024 di Asia Tenggara akan diperluas ke Brunei dan Indonesia dalam masa terdekat selaras dengan fokus kerajaan negeri untuk menarik lebih banyak pelancong dari rantau berkenaan selain dari negara Eropah dan Timur Tengah bagi mencapai sasaran 8.4 juta pelancong pada tahun depan.
Dalam perkembangan lain, katanya Panggung Seri Kompleks JKKN Melaka akan ditutup selama enam bulan bermula Jun ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan Jabatan Kerja Raya.
"Selama dua tahun penularan COVID-19, panggung seni berkenaan tidak digunakan dan terdapat sedikit kerosakan dan ia perlu dibaiki sebelum TMM 2024 untuk keselamatan dan keselesaan pengunjung," katanya.
Terdahulu, beliau berkata Program Menyemarakkan Seni Budaya Gegau Seni Budaya @ Melaka yang berlangsung selama dua hari bermula semalam bertujuan memelihara dan memulihara estetika khazanah warisan tradisi negeri itu yang merangkumi pelbagai aspek sekali gus menyumbang kepada peningkatan ekonomi menerusi produk seni dan budaya.
Katanya, ia selaras dengan Dasar Kebudayaa Negara untuk mengangkat aset warisan seni budaya yang bersesuaian melalui pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi memastikan kesinambungan, keunikan dan keaslian yang diwarisi terus terpelihara.
Pelbagai program pencungkilan bakat dan pertandingan menarik diatur sepanjang dua hari penganjuran Program Menyemarakkan Seni Budaya Gegau Seni Budaya @ Melaka antaranya Juara Pantun, Cabaran Gasing Terbuka, Persembahan Colours of Malaysia: Muzikal Cak Kun Cak, Miss Grand Kebaya Cilik dan Peragaan Cosplay. - BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023

Tun Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) melancarkan Buku Tanah Air selepas merasmikan Program Menyemarakkan Seni Budaya: Gegau Seni Budaya @ Melaka malam tadi. - Gambar BERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.