KOTA KINABALU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan mengemukakan cadangan kerangka meknanisme bagi pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Presidennya, Datuk Ewon Benedick berkata cadangan kerangka mekanisme tersebut mengambil kira isu-isu teknikal berkaitan dengan kebolehdapatan data berkaitan dengan kutipan hasil Persekutuan di Sabah sejak tahun 1974 dan langkah ke hadapan yang lebih praktikal.
Katanya, sebagai anggota Majlis Tindakan Penyelesaian Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) dan Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 (JKMTPMA63), beliau mengadakan perbincangan meja bulat dengan pemimpin-pemimpin Sabah yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing bagi membina kerangka itu.
"Cadangan kerangka mekanisme ini akan saya angkat kepada kerajaan melalui perbincangan dengan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri II dan Ketua Menteri Sabah sebelum mesyuarat MTPMA63 dan JKMTPMA63 diadakan awal tahun hadapan," katanya ketika mempengerusikan perbincangan meja bulat bagi membincangkan isu berkenaan, di sini pada Selasa.
Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata cadangan kerangka mekanisme perlu dikemukakan selaras dengan keputusan kerajaan menetapkan tempoh masa satu tahun bermula bulan Julai 2023 bagi memuktamadkan mekanisme pembayaran tersebut.
Beliau turut mencadangkan supaya satu mesyuarat pramajlis melibatkan anggota daripada Sabah diadakan lebih awal agar dapat membawakan naratif sama.
"Pokoknya, kita mahu sebarang pembayaran khas kepada Sabah harus berasaskan formula 40 peratus seperti mana Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Hadir dalam perbincangan itu antaranya bekas Ketua Menteri, Tan Sri Bernard Dompok, wakil Sabah di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Petrus Gimbad, bekas Presiden Sabah Law Society, Datuk Roger Chin, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah, Prof Datuk Dr Ramzah Dambul dan bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 19 2023
Ewon turut mencadangkan supaya satu mesyuarat pramajlis melibatkan anggota daripada Sabah diadakan lebih awal agar dapat membawakan naratif sama. - Gambar Bernama
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Tiada maklumat Jho Low berada di Myanmar - KPN
PDRM yakin kerjasama baik dengan rakan setugas di peringkat antarabangsa mampu merungkai pencarian ahli perniagaan buruan, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
AWANI Ringkas: Cederakan rakan pelatih, pegawai kadet UPNM didakwa di mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan udara Israel mengenai sebuah bangunan di pinggir selatan Beirut pada Khamis.
Rakaman yang diambil dari Baabda menunjukkan saat-saat serangan itu mengenai bangunan, diikuti dengan letupan yang kuat dan asap tebal yang memenuhi ruang udara.
#AWANInews
#AWANInews
Polis mengaku tidak bersalah curi barang kemas wanita meninggal dunia
Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah atas pertuduhan mencuri barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Mekanisme pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan - UPKO
UPKO akan mengemukakan cadangan kerangka meknanisme bagi pembayaran semula 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.