Malaysia akan memperkenalkan mekanisma baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di lapangan terbangnya tanpa mejejaskan aktiviti dan perniagaan sedia ada, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Katanya, mekanisma yang selaras dengan arahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan keselamatan di lapangan terbang dan hab pengangkutan seperti KL Sentral diperketatkan susulan insiden serangan di lapangan terbang seperti Turki dan Belgium, masih dalam peringkat perbincangan.
Katanya mekanisma keselamatan baharu itu mengambil kira rekaan dan prasarana sedia ada di lapangan terbang di negara ini yang turut menempatkan banyak kedai jualan agar tidak menjejaskan aktiviti perniagaan mereka.
"Kita juga akan mengambil kira beberapa kekangan dalam menggubal mekanisma baharu ini termasuk amalan masyarakat di negara ini yang biasa menghantar orang tersayang di lapangan terbang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Kerjasama Keselamatan Penerbangan Rantau Asia Pasifik kali ke-13 di sini hari ini.
Beliau turut menegaskan kerajaan serius dalam menghadapi sebarang ancaman keselamatan dan menerusi kementeriannya juga beberapa jabatan dan agensi berkaitan penerbangan dan hab pengangkutan dipanggil untuk bersama menggubal mekanisma baharu itu.
"Kita akan melihat daripada pelbagai aspek dan tidak akan membiarkan sebarang ancaman menyelinap ke dalam lapangan terbang kita termasuk pengawasan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagi pengambilan pekerja di lapangan terbang.
"Kita akan melakukan saringan kerana di lapangan terbang terdapat banyak pekerja kontrak termasuk pekerja asing dan mekanisma baharu ini juga akan meliputi aspek pengambilan pekerja," katanya.
Dalam pada itu, Ab Aziz berkata Lapangan Terbang Antarangbangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menjalani audit yang dilaksanakan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada 2011 dan berjaya memenuhi standard keselamatan yang ditetapkan badan berkenaan.
"Audit seterusnya akan dilakukan pada 2017," katanya.
Bernama
Thu Jul 21 2016
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berucap ketika merasmikan Mesyuarat Pemandu Kerjasama Program Keselamatan Penerbangan Asia Pasifik ke 13 di Hotel Sama Sama KLIA hari ini. - Foto Bernama
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
Mekanisme baharu keselamatan lapangan terbang tidak jejas aktiviti, perniagaan
Malaysia akan memperkenalkan mekanisma baharu bagi meningkatkan tahap keselamatan di lapangan terbangnya tanpa mejejaskan aktiviti dan perniagaan sedia ada, kata Datuk Ab Aziz Kaprawi.