Peningkatan pengaruh komunikasi dan perkongsian maklumat telah meningkatkan keupayaan teknologi sedia ada, dan juga menyaksikan penyebaran maklumat palsu tentang Islam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata peningkatan pengaruh dengan kewujudan teknologi baharu ini juga mendorong pihak-pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan potensi dan peluang untuk eksploitasi.
"Keadaan ini juga telah menyebabkan penyebaran maklumat palsu mengenai Islam, salinan Al-Quran dan hadis dicemari, dan komunikasi yang menyebabkan gangguan sosial dan tarikan kepada kepercayaan secara penyamaran yang jelas bercanggah dengan Islam".
Beliau berkata demikian dalam kertas khas pada Persidangan Dunia mengenai Pemikiran dan Tamadun Islam 2014 (WCIT2014) bertema "Kebangkitan dan Kejatuhan Tamadun: Kedudukan Kontemporari Hal Ehwal Islam" di sini pada Isnin.
"Malah, terdapat masyarakat Islam yang telah keluar daripada Islam kerana terpengaruh dengan maklumat palsu yang menawarkan keseronokan jangka pendek kepada mangsa-mangsa yang malang ini," kata beliau.
"Memandangkan potensi ancaman yang wujud dalam era revolusi digital, ia sudah tentu tidak bijak untuk menolak momentum yang tercetus akibat fenomena ini," kata beliau.
Ahmad Zahid berkata sekarang adalah masa yang sesuai bagi alternatif Islam untuk penyebaran maklumat dalam dunia siber dengan memastikan maklumat yang sahih yang boleh menapis pelbagai laman web yang dapat diterima daripada perspektif Islam.
"Banyak agensi berkaitan perlu mengkaji perkara ini. Antara lain, agensi berkaitan pendidikan, undang-undang, komunikasi, multimedia, keselamatan, pertahanan dan lain-lain," tambah beliau.
Beliau juga mencadangkan Malaysia menubuhkan Hab Inovasi Islam Antarabangsa yang pertama di Kuala Lumpur untuk mengorak langkah ke arah mewujudkan tamadun baharu Islam.
Dunia Islam perlu menguruskan sendiri aset, ulama, saintis, ahli teknokrat, usahawan dan semua umat Islam mestilah menjadi penggerak inovasi yang akan mengeluarkan mereka daripada belenggu pergantungan, kata beliau.
Beliau berkata dunia Islam dan tamadunnya dihormati dan dicontohi kerana ilmunya.
Ahmad Zahid juga berkata dunia Islam perlu mempunyai indeks urus tadbir komprehensif dikenali sebagai Indeks Urus Tadbir Syariah Islam (ISGI).
"Melalui ISGI, kita dapat mengetahui rentak sebenar kita, sama ada kita berada dalam landasan yang lurus atau tidak dan yang penting, sama ada kita secara sistematik menyesuaikan standard kita ke taraf dunia dan pada masa yang sama mematuhi Syariah," kata beliau.
WCIT2014, anjuran Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, menghimpunkan pemikir dan ahli akademik Islam untuk berkongsi ilmu dan pandangan berhubung pelbagai isu daripada perspektif Islam.
Selain Malaysia, peserta adalah dari Algeria, Botswana, Mesir, Indonesia, Jordan, Libya, Nigeria, Oman, Pakistan, Arab Saudi, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman.
Bernama
Tue Aug 19 2014
ZAHID: Terdapat masyarakat Islam yang telah keluar daripada Islam kerana terpengaruh dengan maklumat palsu yang menawarkan keseronokan jangka pendek - Gambar Fail
Empat sungai di Kedah lepas paras bahaya, satu PPS diaktifkan
PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dibuka jam 2.30 pagi tadi selepas kediaman mangsa dilanda banjir.
Bau busuk bongkar skru tertanam dalam hidung
Doktor berjaya menemui objek mencurigakan berwarna hitam dalam rongga hidung kanak-kanak itu dan ia disahkan melalui imbasan CT di kepalanya.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
PRK Nenggiri: Kedai kopi tawar WiFi percuma jadi tumpuan
Masalah rangkaian talian Internet di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang lemah menyebabkan kedai kopi yang menawarkan WiFi percuma menjadi tumpuan media dan orang ramai.
Respons positif daripada platform media sosial terhadap kerangka kawal selia baharu - Fahmi
Wakil pelbagai platform yang ditemui mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan sedia untuk turut serta dalam proses berkenaan.
UK pertimbang haramkan media sosial untuk pengguna bawah 16 tahun
Kerajaan UK kini dalam proses mempertimbangkan untuk mengehadkan media sosial ke atas pengguna bawah 16 tahun termasuk mengharamkan terus.
Internet pantas di kawasan Felda bantu peneroka pasar produk - Ahmad Shabery
Perkhidmatan internet pantas dapat meningkatkan ekonomi digital seperti membantu peneroka memasarkan produk dan terlibat dalam e-dagang.
KKD, KPT laksana tindakan segera pastikan kesalinghubungan di kampus semakin baik
Katanya, isu utama mengenai kesalinghubungan di kampus adalah berkaitan jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.
Pakej jalur lebar RM69 inisiatif terbaik turunkan kos sara hidup
Pakej itu dilihat berpatutan dan memberi peluang kepada golongan rentan yang mahu melanggan pakej Internet pada harga lebih murah.
Kualiti internet menurun, Malaysia masih dalam kedudukan 40 terbaik kesejahteraan digital
Indeks Kualiti Hidup Digital ialah kajian yang dilakukan bagi menilai kualiti kesejahteraan digital di 117 negara atau 92 peratus daripada populasi global.
Gagal beri perkhidmatan bermutu, pembekal Internet berdepan tindakan - MCMC
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengenakan tindakan kawal selia terhadap pembekal yang didapati gagal menyediakan perkhidmatan Internet berkualiti.
Rusia hadkan akses terhadap Google News
Sejak bermulanya pencerobohan ke atas Ukraine pada 24 Feb, kerajaan Rusia telah mengetatkan kawalan terhadap maklumat di Internet.
Dewan Rakyat: SKMM buka 20 kertas siasatan terhadap pembekal perkhidmatan mudah alih
Satu kompaun ditawarkan berjumlah RM60,000 manakala satu lagi sedang diproses dengan jumlah sebanyak RM20,000.