Media massa, termasuk agensi berita nasional. perlu melaksanakan peranan penting dalam menyekat penyebaran ideologi keganasan dan bukannya membantu memasarkannya tanpa disedari, demikian mesyuarat ke-42 OANA di sini diberitahu hari ini.
Negara anggota Pertubuhan Agensi Berita Asia Pasifik itu, dalam laporan mereka pada mesyuarat berkenaan, bersetuju bahawa pengganas memperoleh publisiti percuma yang tidak sepatutnya dengan memanipulasi media untuk meneruskan matlamat mereka dalam menyemai ketakutan dan mewujudkan rasa curiga serta huru-hara dalam kalangan masyarakat umum.
Ketika berkongsi pengalaman Malaysia, Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata Pertubuhan Berita Nasional Malaysia tidak pernah membiarkan berita berkaitan keganasan dan kesannya disiarkan melangkaui fakta kes yang diberi pihak berkuasa.
"Kami tidak pernah menyiarkan apa-apa berita yang dianggap sebagai memberi manfaat kepada keganasan, atau memberi bayangan tanpa disengajakan walau sedikit pun ke arah mengagung-agungkan keganasan , ia sama sekali tidak dibenarkan," katanya dalam kertas kerja bertajuk ''Peranan Media Untuk Tidak Memasarkan Keganasan".
Zakaria berkata Bernama, yang akan menyambut ulang tahun ke-50 penubuhannya pada hujung bulan ini, berpegang teguh kepada pendirian itu sejak dahulu lagi, sebelum pun berita berkaitan keganasan mendapat tempat di muka hadapan di seluruh dunia.
Bernama
Thu May 04 2017

Menurut Zakaria, pengganas memperoleh publisiti percuma yang tidak sepatutnya dengan memanipulasi media untuk meneruskan matlamat mereka dalam menyemai ketakutan dan mewujudkan rasa curiga serta huru-hara dalam kalangan masyarakat umum.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Sebenarnya.my antara usaha kerajaan tangani maklumat dan berita palsu - Annuar Musa
Sebenarnya.my ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 2017 sebagai laman web semakan fakta yang dikendalikan SKMM.

Kebebasan bersuara tidak harus disekat, namun perlu disertai sikap tanggungjawab - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, kebebasan bersuara tidak seharusnya disekat di Malaysia namun pada sama ia perlu disertai dengan sikap bertanggungjawab.

Arahan tambahan SOP kepada semua pengendali vaksin di PPV AstraZeneca - Dr Adham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan arahan tambahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) kepada semua pengendali vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca.

COVID-19: Kasino di Genting diarah tutup serta-merta
Ismail Sabri berkata, beliau telah mengeluarkan arahan tutup serta-merta ke atas kasino tersebut pada Jumaat lepas (21 Mei)

"Kenapa rampas telefon bimbit saya?" - Syed Saddiq persoal tindakan polis, SKMM
Syed Saddiq persoal tindakan pihak polis merampas telefon bimbitnya ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Sabtu.

Kes Shafee Abdullah: Pendakwa raya mahu buktikan tertuduh terima RM9.5 juta sebagai yuran guaman
Muhammad Shafee berdepan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM9.5 juta yang didakwa diterimanya dari bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Media perlu terus ketengahkan kekejaman Israel kepada dunia
Editor Timur Tengah Agensi Anadolu Turgut Alp Boyraz berkata, naratif dalam liputan krisis mesti berubah untuk memberikan gambaran serta isu sebenar apa yang berlaku di lapangan.

Selangor beli vaksin: Tidak timbul isu tidak dapat kebenaran kerajaan - Dr Siti Mariah
Tidak timbul isu Kerajaan Negeri Selangor tidak mendapatkan kebenaran Kerajaan Pusat berhubung cadangan pembelian vaksin COVID-19, ujar Dr Siti Mariah Mahmud.

Industri pelancongan hampir 100 peratus lumpuh, MITA rayu kerajaan penuhi 10 tuntutan
Industri pelancongan kini hampir 100 peratus lumpuh susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kerajaan perlu beri lebih ruang buat pendidik tingkatkan kreativiti - Aktivis pendidikan
Kerajaan perlu memberi lebih ruang kepada pendidik untuk muncul lebih kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam talian.