Tegasnya, ia sekali gus akan dapat membantu merapatkan jurang digital dan dalam masa sama menarik lebih ramai anak muda menceburi bidang aeroangkasa.
"Hari yang penuh bersejarah, Measat Global Berhad (MEASAT) telah melancarkan satelit Measat-3d di Kourou, French Guiana.
"Dengan pelancaran Satelit MEASAT-3d, keupayaan capaian Internet di kawasan bandar dan sub-luar bandar akan lebih ditingkatkan di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Harapan saya adalah untuk pelancaran satelit ini membantu merapatkan jurang digital, seterusnya menarik lebih anak muda untuk menceburi bidang aeroangkasa," katanya melalui status yang dimuat naik di laman sosial Facebook pada Khamis.
BACA : Satelit MEASAT-3d berjaya dilancarkan
Satelit terbaharu MEASAT-3d berjaya dilancarkan di Kourou, French Guiana awal pagi ini yang bakal membuka ruang kepada usaha menambah baik sistem sedia ada.
Ia dilancarkan pada jam 6.50 petang waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia).
Perdana Menteri sebelum itu turut menyaksikan pelancaran secara langsung satelit MEASAT-3d di di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara.