BARCELONA: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Groupe Speciale Mobile Association (GSMA) dalam usaha mempertingkat pembangunan penggunaan 5G di negara ini.
Ia sebagai satu langkah komited GSMA untuk berkongsi kes penggunaan sebenar daripada rangkaian luas mereka di samping mempromosikan pelaburan bersandarkan 5G ke Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, pemeteraian di antara dua entiti pemain industri digital itu adalah penting ketika Malaysia sedang mengorak langkah meneroka potensi 5G yang dijangka mencapai 80 peratus liputan menjelang penghujung 2024.
“Penggunaan kes kajian sebenar mempunyai potensi yang sangat besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang signifikan, meningkatkan taraf sosial dan membantu Malaysia dalam mencapai matlamat pembangunan mampan (ESG), selari dengan visi Malaysia MADANI.
“Kami yakin menerusi MoU ini dengan rangkaian meluas, pengalaman dan panduan daripada GSMA, akan meningkatkan keupayaan digital, kemampuan dan nilai dalam ekonomi digital kita.”
MoU berkenaan ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts Mahadhir Aziz dengan Ketua APAC untuk GSMA, Julian Gorman pada Isnin di Kongres Mobil Sedunia (MWC) 2023 yang sedang berlangsung di Barcelona, Sepanyol.
Antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada kajian kes penggunaan sebenar ini adalah bandar pintar, industri 4.0, pendidikan, teknologi kesihatan, pemantauan alam sekitar dan keterangkuman sosial.
GSMA juga akan menonjolkan kajian kes di Malaysia untuk siaran segera dan berkongsi mengenainya menerusi laporan-laporan saranan termasuk laporan APAC Mobile Economy dan laporan Digital Societies.
Menerusi MoU ini juga, MDEC dan GSMA akan bekerjasama dalam memacu minat terhadap pelaburan digital sepertimana yang terkandung dalam inisiatif strategik nasional terbaharu, Malaysia Digital, menerusi sektor-sektor tumpuan dan penggerak teknologi.
GSMA mewakili kepentingan pengendali teknologi mudah alih sedunia dengan menyatukan lebih 750 pengendali dengan 400 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang meluas, termasuk pembuat telefon bimbit dan peranti pintar, syarikat perisian, penyedia peralatan dan syarikat internet serta pelbagai organisasi lain dalam sektor industri berkaitan.
Kenyataan Media
Wed Mar 01 2023
![MDEC meterai MoU dengan GSMA tingkat pembangunan penggunaan 5G MDEC meterai MoU dengan GSMA tingkat pembangunan penggunaan 5G](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51677656044_MDECMinistrialPro.jpg)
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Ts Mahadhir Aziz (kiri) dengan Ketua APAC untuk GSMA, Julian Gorman.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025 MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698817686_MDEC.jpg)
MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.
![Strategi Pelaburan Malaysia Digital tarik pelaburan RM224.72 bilion - Gobind Strategi Pelaburan Malaysia Digital tarik pelaburan RM224.72 bilion - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734344946_TBGOBIND.jpg)
Strategi Pelaburan Malaysia Digital tarik pelaburan RM224.72 bilion - Gobind
Strategi Pelaburan Malaysia Digital inisiatif lima tahun yang dilaksanakan MDEC berjaya menarik pelaburan sebanyak RM224.72 bilion setakat suku ketiga 2024.
![MDX 2024: Memperkasa kepimpinan digital dan pertumbuhan ekonomi negara MDX 2024: Memperkasa kepimpinan digital dan pertumbuhan ekonomi negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730182175_TBMDX.jpg)
MDX 2024: Memperkasa kepimpinan digital dan pertumbuhan ekonomi negara
Gobind berkata persidangan ini menggariskan lima bidang transformasi utama iaitu Data Trust, Next-Gen Computing, Computer Vision, Metaverse, dan Digital Twins.
![Parlimen: Industri permainan digital catat hasil jualan, eksport RM45 juta - Gobind Parlimen: Industri permainan digital catat hasil jualan, eksport RM45 juta - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720599210_GobindSinghDeo.jpg)
Parlimen: Industri permainan digital catat hasil jualan, eksport RM45 juta - Gobind
Industri permainan digital Malaysia mencatat hasil jualan dan eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang telah disediakan oleh kerajaan bagi tempoh 2014 hingga 2024, kata Menteri Digital Gobind Sing
![Permainan digital terima dana MDEC, status stesen LRT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini Permainan digital terima dana MDEC, status stesen LRT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721310941_TBDewanRakyat.jpg)
Permainan digital terima dana MDEC, status stesen LRT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta Menteri Pengangkutan nyatakan status terkini penerusan projek lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini.
![Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709879380_TBartificialintelli.jpg)
Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC
Belanjawan ini diumumkan pada waktu yang tepat dan selaras dengan persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN 2025.
![MDEC sasar kerjasama teknologi, bandar pintar di GITEX Global 2024 MDEC sasar kerjasama teknologi, bandar pintar di GITEX Global 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728923073_WanMurdaniWanMoha.jpg)
MDEC sasar kerjasama teknologi, bandar pintar di GITEX Global 2024
MDEC telah berhubung dengan Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di GITEX Global 2024.
![Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728143634_AnuarFarizFadzil.jpg)
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
![Anuar Fariz Fadzil sah dilantik CEO MDEC Anuar Fariz Fadzil sah dilantik CEO MDEC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51727928921_AnuarFarizFadzil.jpg)
Anuar Fariz Fadzil sah dilantik CEO MDEC
Pelantikan diumumkan Syed Ibrahim, yang memperkenalkan Anuar pada acara Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.
![MDEC, MATRADE mudah cara lebih 150 padanan perniagaan berpotensi di Tokyo Game Show 2024 MDEC, MATRADE mudah cara lebih 150 padanan perniagaan berpotensi di Tokyo Game Show 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727600343_TokyoGameShow.jpg)
MDEC, MATRADE mudah cara lebih 150 padanan perniagaan berpotensi di Tokyo Game Show 2024
MDEC dan MATRADE telah memudah cara lebih 150 padanan perniagaan yang berpotensi untuk 10 studio dan syarikat Malaysia semasa Tokyo Game Show (TGS) 2024.