KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya menyekat 1.8 bilion nombor telefon yang digunakan oleh 'scammer' dari 2017 hingga 2022, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Fahmi berkata perkara itu diketahui hasil pertemuannya dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC dan beberapa pihak lain.
Beliau berkata sejak 2018 pula sebanyak 300 juta nombor telefon scammer menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaya dikekang namun kes penipuan itu masih berlaku.
"Peringatan saya kepada rakyat Malaysia, tolong berhati-hati dalam suasana perayaan ini (kerana) sudah pasti akan ada yang menangguk di air keruh untuk mengambil kesempatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di sini hari ini.
Justeru, beliau menasihatkan masyarakat yang menjadi mangsa penipuan supaya menghubungi talian 997 yang merupakan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk membuat laporan supaya tindakan segera dapat diambil bagi mengekang kehilangan wang.
Fahmi berkata terdapat pelbagai jenis penipuan ketika ini dan ia bukan mudah untuk ditangani kerana apabila sesuatu modus operandi dapat dikesan, akan muncul jenis penipuan baharu.
"Jadi sempena musim perayaan ini, kita lihat 'scam' seperti 'scam pencuci' atau 'cleaner scam' yang banyak dibuat melalui Facebook sebagai contoh, kita kena berhati-hati.
"Jadi sekiranya anda mendapat apa-apa tawaran sama ada kerja ataupun perkhidmatan, tolong buat pengesahan sebelum kita terpedaya oleh 'scammer-scammer' ini. Jika ia nampak terlalu bagus, kemungkinan satu penipuan dan buat laporan polis serta call 997 supaya kita boleh bantu," katanya.
Berkenaan penipuan menerusi aplikasi Telegram, Fahmi berkata antara masalah yang dihadapi dengan aplikasi itu ialah ia merupakan encrypted system.
Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan cuba menghubungi pihak Telegram supaya beberapa perkara dapat diatur bagi menyelesaikan masalah tersebut.
"Lebih daripada itu, peringatan kepada semua, sekiranya anda mendapat mesej daripada orang yang seperti kawan kita tetapi cara dia bercakap dengan kita itu lain daripada biasa, sila berhati-hati dan kalau dapat panggilan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bukit Aman (polis) atau mahkamah, dia tidak berurusan melalui telefon tetapi hantar surat minta kita datang ke pejabat.
"Jadi kita kena ada satu peningkatan kesedaran tentang cara-cara 'scammer' ini beroperasi dan masa yang sama kita lihat satu tindakan bersepadu antara KKD (Kementerian Komunikasi dan Digital), Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar adalah perlu kerana kita dapati ada sejumlah panggilan 'scam' ini tak berlaku dalam negara kita tetapi merentasi sempadan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023

Sejak 2018 pula sebanyak 300 juta nombor telefon scammer menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berjaya dikekang namun kes penipuan itu masih berlaku.

Anda kini boleh seru Copilot untuk kawal peranti Android
Anda Kini Boleh Menyeru Copilot Untuk Mengawal Peranti Android

322 rakyat Palestin terbunuh atau hilang dalam tempoh 5 jam selepas serangan Israel
Tentera Israel mendakwa mereka menyasarkan serangan ke atas Hamas, manakala Hamas menuduh Israel memungkiri perjanjian gencatan senjata.

Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasuah rakan penguat kuasa
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihukum penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas lapan pertuduhan memberi rasuah, enam tahun lepas.

Kuih bongkol, juadah utama berbuka puasa di Sarawak
Kuih bongkol dibungkus dengan daun pisang sebelum dikukus untuk memberikan aroma semula jadi yang menambat selera.

Polis bongkar makmal dadah, rampas RM14.46 juta
Polis turut berjaya membongkar sebuah kilang yang dijadikan tempat penyimpanan pelbagai bahan dan peralatan memproses dadah di sebuah kawasan perindustrian.

Korea Utara kecam serangan baharu AS di Yaman
Korea Utara mengecam serangan terbaharu Amerika Syarikat ke atas Yaman serta menyifatkan tindakan itu melanggar undang-undang antarabangsa dan kedaulatan sesebuah negara.
Anggota JPJ lindungi syarikat lori dipenjara setahun, denda RM80,000
Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan membri rasuah kepada anggota lain bagi melindungi kesalahan pengusaha lori, enam tahun lalu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor dan Sabah
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, dan talian hotline 1-300-22-1638.
[TERKINI] Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar kepada pendakwa raya sebelum Jumaat ini
Polis akan merujuk kertas siasatan berhubung insiden seorang warga emas menampar pemuda bukan Islam ketika sedang makan di sebuah kedai serbaneka di sebuah pusat membeli belah kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum Jumaat ini.
[TERKINI] Penuntut universiti direman enam hari tikam bekas kekasih
Seorang remaja lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang penuntut perempuan sebuah universiti.

MCMC sekat 1.8 bilion nombor panggilan 'scam' sejak 2017 hingga 2022 - Fahmi
Perkara itu diketahui hasil pertemuan dengan pihak Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama MCMC dan beberapa pihak lain.