KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kesal dengan kenyataan dikeluarkan TV Pertiwi berhubung isu sekatan terhadap portal berita itu memandangkan proses siasatan masih dijalankan.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan semasa pertemuan dengan TV Pertiwi pada 22 Ogos lepas pihaknya menjelaskan bahawa proses siasatan sedang dijalankan dan sebarang pendedahan berkaitan perkara itu boleh menjejaskan siasatan.
"MCMC kekal teguh dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menghalang sebarang perlakuan atau percubaan melakukan kesalahan, terutamanya berkaitan kandungan palsu atau jelik," menurut kenyataan itu.
Jumaat lepas, Ketua Pegawai Operasi TV Pertiwi Mohd Firdaus Salleh menegaskan tidak akan 'menurunkan' (memadam) enam kandungan yang didakwanya telah diminta MCMC untuk melakukan demikian.
Beliau berkata ini kerana pihaknya tidak diberi penjelasan secara terperinci berkaitan kesalahan dan pelanggaran undang-undang yang dilakukan TV Pertiwi.
Pada 18 Ogos lepas, portal berita TV Pertiwi dilaporkan disekat oleh MCMC, dua hari selepas akaun TikTok miliknya disekat.
TV Pertiwi merupakan satu platform berita dalam talian yang dikendalikan oleh Kerengga Merah Sdn Bhd (KMSB) yang ditubuhkan pada Julai 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kesal dengan kenyataan dikeluarkan TV Pertiwi berhubung isu sekatan terhadap portal berita itu memandangkan proses siasatan masih dijalankan.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.
Video wawancara PM Anwar bersama CNN disunting, tidak gambarkan konteks penuh - Fahmi
Wawancara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai konflik Israel-Palestin bersama Richard Quest daripada CNN disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sehingga kini, Malaysia tidak pernah iktiraf negara haram Israel - Fahmi
Dalam wawancara Perdana Menteri bersama CNN yang tular baru-baru ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan jelas menyatakan pendirian Malaysia untuk melindungi kewujudan Palestin.
MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X
Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.
Syarat tambahan MCMC kepada U Mobile untuk pastikan keseimbangan, persaingan sihat - Fahmi
MCMC berhak mengenakan syarat tambahan kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd sebelum memberikan spektrum untuk menjadi pelaksana rangkaian 5G kedua negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Rangkaian 5G kedua: MCMC mahu U Mobile bentang perancangan seterusnya - Fahmi
MCMC akan mengenakan beberapa syarat kepada U Mobile untuk memastikan tatakelola dan kelancaran rangkaian 5G Kedua negara.
Pelesenan media sosial: Kebebasan tanpa sempadan hanya mengundang malapetaka - Fahmi
Pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan pesanan internet dan penyedia perkhidmatan media sosial bukan bermakna kerajaan akan menapis internet.
MCMC jalan kajian penilaian ketersediaan 5G untuk industri Malaysia
MCMC dengan kerjasama MIDA akan menjalankan Kajian Penilaian Ketersediaan 5G untuk Industri Malaysia.