CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendedahkan terdapat cubaan untuk menipu orang ramai melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh pihak yang menyamar sebagai wakil sebuah syarikat penyedia perkhidmatan dan menawarkan wang sebanyak RM300 melalui Jaringan Prihatin.
MCMC berkata pengguna yang dihubungi akan diminta untuk memberikan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, nombor kad ATM dan tiga nombor di belakang kad ATM kepada pihak yang tidak dikenali itu.
MCMC dalam kenyataan hari ini mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan panggilan atau SMS yang diterima daripada pihak tidak dikenali dan mencurigakan.
"MCMC menggesa orang awam untuk tidak memberi atau mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali dan pada masa yang sama, segera laporkan perkara itu kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk perhatian dan tindakan susulan," katanya.
Jaringan Prihatin adalah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4 juta penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih.
Suruhanjaya itu berkata orang awam boleh menyalurkan maklumat dan membuat aduan berhubung insiden penipuan (scam) kepada pihak PDRM melalui talian 03-2610 1559 atau 03-2610 1599 yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.
Sementara itu MCMC berkata pihaknya dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi telah menganjurkan Kempen Kesedaran Pencegahan Jenayah Telekomunikasi melibatkan penipuan melalui panggilan telefon dan SMS pada 14 Jun lepas untuk mendidik pengguna mengenal pasti aktiviti penipuan dan langkah yang boleh diambil bagi menghalang cubaan penipuan (scam).
MCMC berkata fokus kempen kesedaran itu terarah kepada tiga modus operandi jenayah telekomunikasi iaitu penipuan panggilan (vishing), penipuan SMS (smishing) dan penipuan kod transaksi pengesahan (TAC).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021

MCMC mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan panggilan atau SMS yang diterima daripada pihak tidak dikenali dan mencurigakan.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

DLE pacu kepimpinan digital, Malaysia sasar kuasa teknologi serantau
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya dalam arena digital serantau menerusi Program Kecemerlangan Kepimpinan Digital (DLE), inisiatif strategik yang dirangka untuk membangunkan pemimpin masa hadapan

Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada komen isu libat kaum - Fahmi
Pengguna media sosial diingatkan berpada-pada dalam mengemukakan pendapat melibatkan kaum di media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Lapan individu dipanggil bantu siasatan kandungan palsu, jelik kait Institusi Diraja - MCMC
Kandungan tersebut didakwa boleh menimbulkan kekeliruan serta kebencian terhadap Institusi Diraja.

Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM
Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, Ahad.

Manfaatkan NADI untuk tingkatkan taraf hidup, perkasa kemahiran - Dr Wan Azizah
Masyarakat digesa agar memanfaatkan kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan kemahiran diri.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).