KUALA LUMPUR: MBSB Bank Bhd (MBSB) telah meluluskan sebanyak 76,139 permohonan bantuan kewangan termasuk penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara dengan baki kasar sebanyak RM9.13 bilion setakat 31 Mei.
Anak syarikat Malaysia Building Society Bhd itu berkata ia bersedia membantu individu dan pelanggan yang menjalankan perniagaan kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) baru-baru ini berkemungkinan akan menimbulkan masalah kewangan kepada mereka yang terkesan.
"Kami mengambil maklum bahawa pelaksanaan MCO 3.0 telah menjejaskan sebilangan pelanggan kami.
"Kami berdedikasi untuk menyokong mereka dalam tempoh yang mencabar ini dan kami akan memastikan bantuan itu dapat diperoleh dengan mudah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
MBSB berkata ia sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kumpulan yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan harus diberi pilihan untuk mendapatkan moratorium tiga bulan atau pengurangan jumlah ansuran bulanan.
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menerima moratorium tiga bulan atau 50 peratus pengurangan pembayaran bulanan selama enam bulan manakala perusahaan mikro dan PKS yang tidak dapat beroperasi boleh memohon bantuan yang sama, katanya.
Pelanggan yang mengalami penurunan dalam pendapatan bulanan mereka juga dapat memilih pengurangan pembayaran bulanan sesuai dengan pengurangan pendapatan mereka selama enam bulan, kata MBSB.
"MBSB Bank juga memberikan bantuan kepada pelanggannya daripada golongan M40 dan T20 jika mereka telah menganggur pada tahun 2020 atau pada tahun 2021.
"Mereka juga dapat memohon moratorium tiga bulan atau 50 peratus pengurangan pembayaran bulanan selama enam bulan," katanya.
Bank tersebut menasihati pelanggan untuk menghubungi pusat khidmat pelanggannya di 03-2096 3000 manakala perusahaan mikro dan PKS digalakkan untuk menghubungi pengurus hubungannya untuk mendapatkan konsultasi menyeluruh mengenai kedudukan kewangan mereka.
Sebagai alternatif, mereka boleh melayari laman web MBSB Bank (www.mbsbbank.com).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 05 2021

MBSB Bank memberikan bantuan kepada pelanggannya daripada golongan M40 dan T20 jika mereka telah menganggur pada tahun 2020 atau pada tahun 2021. - mbsb.com.my

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

PKS: Sokongan turut ambil kira aspek pemerkasaan usahawan
BSN memberikan khidmat nasihat dan bimbingan serta program latihan yang berkala bagi memastikan pelanggan mereka mempunyai pengetahuan yang diperlukan tentang dunia digital.

Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.

Funding Societies peroleh pelaburan daripada Cool Japan Fund
Setiap tahun, purata pelaburan langsung Jepun di rantau ASEAN dianggarkan berjumlah kira-kira RM83 bilion.

MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.

Maybank tawar bantuan kepada pelanggan, PKS terjejas banjir
Maybank menawarkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi membantu mangsa banjir yang terkesan di seluruh negeri.

PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.

Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.

Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

PKS pemacu pertumbuhan ekonomi APEC, pupuk keterangkuman - Tengku Zafrul
Pertumbuhan inklusif bukan setakat yang memberi manfaat kepada syarikat besar dan multinasional, sebaliknya perlu bercirikan saksama.

SIBS 2024 Siri 2 catat 44,000 pengunjung, RM1.66 bilion transaksi perniagaan berpotensi
Siri Kedua ini mengukuhkan lagi SIBS sebagai acara antarabangsa untuk perniagaan, inovasi, dan pertumbuhan lestari di ASEAN, dengan meletakkan Selangor sebagai gerbang ke rantau ini.