Majlis Belia Malaysia (MBM) mendesak pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga membawa kematian pengguna lain dipercepatkan
Pengerusi Biro Undang-undang, Advokasi dan Hak Asasi MBM, Mohd Fared Mohd Khalid turut mencadangkan agar pemandu mabuk dikenakan hukuman penjara dalam tempoh yang lebih lama selain membayar ganti rugi kepada mangsa atau keluarga mangsa.
"Lesen memandu mereka juga wajar digantung dalam tempoh yang lebih lama malah mereka juga diwajibkan masuk ke dalam kelas pemulihan daripada tabiat buruk ini.
"MBM mendesak agar pindaan RUU Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga membawa kematian pengguna lain dipercepatkan,” katanya.
Mohd Fared berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Katanya, kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk bukan isu baru, namun ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Justeru, kata beliau, kemalangan yang disebabkan oleh pemandu yang mabuk wajar dikenakan hukuman lebih berat.
"Dalam kerajaan sibuk hendak meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia, tetapi rupa-rupanya ia gagal mengiktiraf kepentingan nyawa rakyat dalam isu pemandu mabuk ini.
"Dalam era Malaysia Baharu ini, sewajarnyalah nyawa manusia perlu lebih diutamakan berbanding hak untuk orang menjadi mabuk,” jelasnya.
Sahlizah Mohamed
Sat Feb 15 2020

MOHD FARED: Dalam kerajaan sibuk hendak meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia, ia dilihat gagal mengiktiraf kepentingan nyawa rakyat dalam isu pemandu mabuk.

Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu.
OCI TerraSus hasilkan polisilikon untuk pelaburan RM1.17 bilion di AS
Melalui pelaburan RM1.17 bilion OCI Holdings di AS, OCI TerraSus akan berusaha untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemimpin utama global dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dengan melabur dalam teknologi canggih dan memanfaatkan kelebihan strategik Sarawak dan Malaysia
Pantau Agenda Reformasi: Cerita banjir di Johor
Wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilah Omar membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Johor yang semakin memburuk.
Kerjasama Boeing – MAG pertingkat tenaga kerja sebanyak 20 peratus
Perkongsian terbaharu bersama MAG akan meningkatkan tenaga kerja Malaysia sebanyak 20 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.
Pertumbuhan pesat industri, MAS perlu bersaing
Dengan pertumbuhan pesat sektor penerbangan rantau Asia Pasifik dalam tempoh lima tahun akan datang, Malaysia Airlines perlu tumpuan terhadap aspek kredibiliti dan kemampanannya.
Pantau Agenda Reformasi: Berkongsi barakah Ramadan, santuni komuniti
Wartawan Astro AWANI, Khalis Kadir bersama komuniti warga emas, anak yatim dan masyarakat kurang bernasib baik dalam edaran bubur lambuk bagi menyantuni orang ramai.
Industri tempatan pada asas kukuh untuk pengembangan - PM
Anwar berkata, ini sekaligus menunjukkan potensi untuk pertumbuhan positif, khususnya untuk Malaysia Airlines.
Anugerah Industri Pelancongan 2025 hargai sumbangan cemerlang
Anugerah Industri Pelancongan 2025 bakal memberi penghormatan kepada individu, perniagaan, dan organisasi yang mempamerkan kecemerlangan, inovasi, serta daya tahan dalam industri pelancongan.
Bomba Sarawak aktif aset proses penyelamatan dan pemindahan
Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak kini mengaktifkan pelbagai aset bagi proses penyelamatan dan pemindahan mangsa-mangsa banjir di tengah Sarawak.

Penampilan dua pemain warisan baharu bergantung kepada Cklamovski
Keputusan mengenai penglibatan dua pemain warisan baharu skuad Harimau Malaya dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, bergantung kepada pertimbangan barisan kejurulatihan.

Wanita maut, anak dan cucu cedera kemalangan di Kota Tinggi
Seorang wanita maut, manakala anak dan cucu perempuannya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 9.8 Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini pagi tadi.

Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di Kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai di sini hari ini.

Lori terbabas, tiga termasuk pelajar kolej maut
Mangsa maut ialah pemandu lori, Mohd Esa Daharin, 73; kelindan lori warga Bangladesh, Md Usuf Ali, 44; serta pelajar kolej Terence Ng Zhi Yang, 21.

Pemilik lori bertindak samseng lakukan ugutan, matikan GPS - JPJ
Mengugut syarikat tunda bagi mengelak proses timbangan berat apabila diarahkan JPJ, antara taktik digunakan segelintir pengusaha lori yang dikesan menerusi Op Khas Lebih Muatan semalam.

Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Gempur teknikal: Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Pemilik syarikat atau kenderaan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 57 Akta 715 atas kesalahan disyaki Melanggar Lesen Pengendali.

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Persiaran Mokhtar Dahari menghala ke Puncak Alam pada Rabu.

Langgar lampu merah: 95,298 saman dikeluarkan dalam tempoh 11 bulan tahun ini - JSPT
Sebanyak 95,298 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negara atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Lelaki tular buat aksi 'drift' didakwa memandu secara melulu
Seorang lelaki yang videonya tular membuat provokasi dengan memandu kereta secara berbahaya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.