LONDON: Kylian Mbappe mencipta satu lagi rekod ketika Perancis mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus mereka dalam aksi Kumpulan B, kelayakan Kejohanan Eropah (Euro 2024) dengan kemenangan 1-0 ke atas Greece di Paris.
Penalti pada minit ke-55 Mbappe adalah gol ke-54 peribadinya musim ini sekali gus mengatasi rekod Just Fontaine untuk penjaring terbanyak Perancis dalam satu kelab dan kempen antarabangsa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Perancis berpeluang menggandakan jaringan menerusi Kolo Muani dan Jules Kounde ketika tugas Greece menjadi lebih sukar selepas Konstantinos Mavropanos dilayangkan kad merah kerana mengasari Muani pada minit ke-69.
Dalam aksi kumpulan sama, Ireland memerlukan 52 minit untuk merobek pertahanan Gibraltar dengan gol disumbang oleh Mikey Johnston, Evan Ferguson dan Adam Idah untuk kemenangan 3-0 di Dublin.
Dalam aksi Kumpulan C, Ukraine mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua di belakang England yang menang besar 7-0 ke atas Macedonia Utara.
Penalti Viktor Tsygankov pada minit ke-72 sudah cukup bagi Ukraine mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Malta di Trnava.
Dalam aksi Kumpulan D, Armenia meneruskan rentak kemenangan apabila membenam cabaran Latvia dengan keputusan 2-1 selepas mencipta kejutan mengalahkan Wales di Cardiff, hujung minggu lalu.
Wales terus bergelut mencipta kemenangan apabila tumpas 0-2 kepada pendahulu Kumpulan D, Turkiye hasil jaringan Umut Nayir dan Arda Guler pada separuh masa kedua permainan.
Hatrik Daniel Hakans dalam kemenangan besar 6-0 Finland ke atas San Marino menyaksikan pendahulu Kumpulan H itu mencatatkan empat kemenangan daripada lima perlawanan.
Keputusan seri antara Slovenia dan Denmark yang terikat 1-1 di Ljubljana membolehkan Kazakhstan menduduki tempat kedua Kumpulan H selepas mengejutkan Ireland Utara 1-0 di Belfast.
Sementara itu, rekod kemenangan 100 peratus Switzerland dalam Kumpulan I dipadam Romania selepas mencipta kebangkitan untuk mengikat pendahulu itu dengan keputusan 2-2.
Israel pula mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Andorra manakala Belarus memperoleh kejayaan pertama dengan membenam Kosovo 2-1..
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023

Penalti pada minit ke-55 Mbappe adalah gol ke-54 peribadinya musim ini sekali gus mengatasi rekod Just Fontaine untuk penjaring terbanyak Perancis. - Foto REUTERS

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

UNL: Kylian Mbappe sah kembali perkuat Perancis
Didier Deschamps mengesahkan penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe akan kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan Perancis.

Copa del Rey: Real Madrid tanpa khidmat Mbappe, Bellingham di suku akhir
Ancelotti berkata, dua pemain utama itu akan menyertai Eduardo Camavinga, David Alaba dan Antonio Rudiger dalam senarai pemain tidak beraksi.

Hatrik Mbappe beri kemenangan mudah untuk Real Madrid
Real membuka jaringan pada minit ke-30 apabila Mbappe melakukan hantaran satu-dua yang kemas dengan Jude Bellingham.

LaLiga: Kylian Mbappe penyerang terbaik di dunia - Ancelotti
Carlo Ancelotti gembira dengan persembahan Kylian Mbappe ketika membantu Real Madrid menang 4-1 ke atas Las Palmas, awal pagi tadi.

LaLiga: Ancelotti optimis Kylian Mbappe sudah kembali temui rentak
Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, percaya kritikan diri Kylian Mbappe telah meningkatkan kembali prestasinya di Los Blancos.

UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid atasi Atalanta
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan berdepan Atalanta.

Saya tahu apa nak buat untuk menang Ballon d'Or - Mbappe
Mbappe yakin dia akan menang Anugerah Ballon d'Or sambil menegaskan tahu apa yang perlu dilakukannya untuk memenangi anugerah itu.

LaLiga: Saya mahu bantu Real Madrid jaringkan gol - Kylian Mbappe
Kylian Mbappe percaya dia sudah mula bangkit bersama rakan sepasukannya di Real Madrid selepas menjaringkan gol ketika kemenangan 3-0 berdepan Leganes.

LaLiga: Mbappe tamatkan kemarau jaringan
Los Blancos memanfaatkan keputusan seri Barcelona dengan Celta Vigo pada Sabtu untuk merapatkan jurang kepada empat mata.

UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).