KANGAR: Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini membuat laporan polis selepas mendakwa terdapat pihak tertentu menyalahgunakan gambar beliau untuk mempromosi aktiviti pelaburan di Facebook dengan kadar pelaburan serendah RM300.
Beliau membuat laporan berkenaan di Balai Polis Kangar kira-kira 5 petang tadi.
"Saya mula menyedari perkara ini pada 14 April lepas dan telah mengambil tindakan membuat hantaran penafian di laman sosial, namun perkara berkenaan dilihat masih berulang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.
Menurut Mohd Shukri beliau juga tampil membuat laporan kerana bimbang jika terdapat individu khususnya pelajar universiti yang akan terpedaya dengan pelaburan itu.
Katanya terdapat beberapa gambar kepimpinan PAS di Kedah turut diguna oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman sama.
"Saya berharap orang ramai tidak mudah terpedaya (aktiviti pelaburan) sebaliknya membuat rujukan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu dan segera membuat laporan polis," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada Mohd Shukri berkaitan gambarnya digunakan di Facebook oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pelaburan patuh syariah.
"Menteri Besar membuat laporan polis kerana difitnah dan beliau tidak terlibat dalam aktiviti pelaburan tersebut," katanya dan menambah pihaknya sedang meneliti kes tersebut sama ada disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Menurut Mohd Shukri beliau juga tampil membuat laporan kerana bimbang jika terdapat individu khususnya pelajar universiti yang akan terpedaya dengan pelaburan itu. - Gambar fail/Astro AWANI
Kegiatan punggah keluar hasil galian, Pahang beri kerjasama kepada SPRM
Kerajaan Pahang akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk menjalankan siasatan kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit.
Penahanan rakyat Malaysia: Beri ruang pihak berkuasa Thailand siasat - Saifuddin
Semua pihak diminta menghormati undang-undang Thailand dan memberi ruang kepada pihak berkuasa negara itu menjalankan siasatan berhubung penahanan enam rakyat Malaysia di Sungai Golok.
MAINJ dijangka keluar fatwa berkaitan GISB dalam tempoh sebulan - Exco
MAINJ melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Mufti sedang meneliti keputusan MKI dengan melakukan proses semakan fatwa.
Ternak beruang untuk hempedu: Perdagangan komersial kejam ancam hidupan liar
Beruang dibiarkan menderita tanpa rawatan perubatan, dan ada yang mati akibat pencemaran atau kanser.
AWANI Ringkas: Vape: KPM turun padang ke sekolah-sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komposer legenda S. Atan meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kajang pada jam 3.23 petang Sabtu.
Kualiti kain seragam jururawat: KKM tunggu laporan Jabatan Kimia, SIRIM
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefley Ahmad berkata pihaknya mahu pastikan dapatan yang kolektif diperoleh daripada Jabatan Kimia dan SIRIM agar tindakan susulan dapat dibuat secara tuntas.
Kerajaan sasar satu negeri, satu geopark - Nik Nazmi
Kerajaan menyasarkan setiap negeri untuk memiliki dan mempunyai sekurang-kurangnya satu geopark di peringkat kebangsaan. Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, kepentingan dalam mempromosikan sumber geotapak dan geopark di Malaysia adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi sektor pelancongan negara.
Gombak-Hulu Langat Geopark diharap diiktiraf sebagai UGGP - Nik Nazmi
Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor diharap mampu menerima pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGP) dan kukuh menjadi hab geopelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi tempatan.
Pemberi maklumat masih belum tampil
Individu yang merakam perbualan dakwaan skandal rasuah membabitkan ADUN Sabah, masih belum tampil kepada SPRM.
Ahli perniagaan rugi RM5.2 juta terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian RM5.2 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Kebakaran stor: Pejabat Parlimen Papar salur bantuan khemah dan makanan
Beberapa khemah sementara didirikan bagi menempatkan para pesakit dan kakitangan Hospital Papar, Sabah yang terkesan susulan insiden kebakaran di stor perubatan farmasi hospital itu.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
PM Anwar terima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua
Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima gelaran profesor kehormat daripada Universiti Tsinghua pada 5 November lalu sempena lawatan kerja beliau ke China.
JKR aktifkan Bilik Gerakan Bencana, aplikasi sistem eBencana hadapi MTL
KKR melalui JKR mengaktifkan BiGBen dan aplikasi mudah alih Sistem eBencana JKR yang dinaik taraf, sebagai langkah mempertingkatkatkan kesiapsiagaan menghadapi MTL.
Ribut tropika Kristine: Malaysia berdiri teguh bersama Filipina - PM Anwar
Malaysia berdiri teguh bersama Filipina dan telah memberikan bantuan kemanusiaan bagi meringankan penderitaan dihadapi penduduk susulan ribut tropika Kristine yang melanda negara itu.
Mark Zuckerberg sasar kandungan janaan AI penuhi Facebook, Instagram
Angka kandungan janaan AI ini dilihat akan meningkat drastik, dan memenuhi ruangan garis masa di Facebook, Instagram, mahupun Threads.
Rancangan pelesenan media sosial Malaysia kurang jelas, ancam inovasi digital - Meta
Meta Platforms mengkritik rancangan Malaysia untuk mewajibkan platform media sosial memohon lesen pengawalseliaan menjelang Januari 2025.
Kerajaan MADANI terus iltizam bela kebajikan rakyat tanpa kira bangsa, agama - PM Anwar
Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama adalah selaras dengan iltizam untuk memastikan kebajikan setiap rakyat terbela.