Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menjawab dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan rasuah hartanah pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Isnin ini.
Bercakap kepada pemberita di luar Persidangan Penggal Kelima DUN ke-13, di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata beliau sedar mengenai isu itu dan bersedia menjawab tohmahan tersebut.
"Sebenarnya (ini) perkara mahkamah (perbicaraan sedang berlangsung), jadi tidak boleh cakap di luar (DUN), tunggu Isnin. I'm not going to run, I'm here (Saya tidak akan lari, saya ada di sini)," katanya.
Isnin lepas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Shu Qi dalam perbahasannya pada persidangan itu, membangkitkan dakwaan terhadap Mohamed Khaled yang dituduh menerima sejumlah wang daripada pemaju untuk mengubah status perumahan lot bumiputera kepada lot bukan bumiputera.
Ini susulan penyebaran beberapa dokumen yang dimuat naik oleh sebuah blog yang didakwa kenyataan seorang saksi semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes skandal hartanah membabitkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latif Bandi.
Susulan tindakan blog itu, saksi SPRM tersebut dipercayai telah membuat laporan polis di sini semalam bagi meminta polis menjalankan siasatan terhadap pemilik blog berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2017

Khaled berkata, isu yang dibangkitkan merupakan kes mahkamah di mana perbicaraan sedang berlangsung, jadi ia tidak boleh diperkatakan di luar Dewan Undangan Negeri.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

PRU15: Latif Bandi tewas di Mersing, PN kekal berkuasa
PN kekal berkuasa di Mersing apabila calonnya, Muhammad Islahuddin Abas menang dengan jumlah keseluruhan undi sebanyak 21,066.

Lucut hak harta lebih RM6 juta: Bukan semua milik Abd Latif Bandi, anak, menantu
Peguamnya berkata, harta yang terlibat itu turut dimiliki responden-responden lain.

Mahkamah arah Abd Latif Bandi, anak bela diri tuduhan rasuah RM35.7 juta
Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam keputusannya dua tahun lalu yang melepas dan membebaskan Abd Latif, 55, anaknya Ahmad Fauzan Hatim, 29, dan perunding hartanah Amir Shariffuddin Abd Raub, 48.

MB Johor jawab isu rasuah dalam sidang DUN Isnin ini
Bercakap kepada pemberita di luar Persidangan Penggal Kelima DUN ke-13, di sini hari ini, Mohamed Khaled berkata beliau sedar mengenai isu itu dan bersedia menjawab tohmahan tersebut.

Hadapi 33 pertuduhan rasuah, Exco Negeri Johor letak jawatan
Abd Latif berkata dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap tuduhan itu yang sekaligus membuatkan beliau nekad meletak jawatan.

Exco negeri Johor, Abd Latif Bandi bercuti mulai hari ini
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Abd Latif Bandi mula bercuti hari ini untuk suatu tempoh yang belum diputuskan.