KUALA TERENGGANU: Prof Mazlan Abd Ghaffar dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu, berkuat kuasa esok (2 Ogos).
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, Mazlan, 59, menggantikan Datuk Prof Nor Aieni Mokhtar yang telah menerajui UMT selama enam tahun bermula 2015.
Katanya Mazlan berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perikanan daripada Universiti Putra Malaysia dan memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pesisir Topikal) daripada University Of Newcastle, England.
Beliau juga memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Biologi dan Ekofisiologi Persekitaran Ikan) pada tahun 2001 daripada University of Wales, United Kingdom.
"Bersesuaian dengan portfolio beliau dalam bidang penyelidikan dan inovasi, Prof Dr Mazlan telah menggerakkan usaha mempergiatkan aktiviti penyelidikan khususnya di UMT, melalui pelbagai pencapaian di peringkat institusi.
"Antara lainnya ialah pengiktirafan AKUATROP sebagai HiCOE kedua di UMT, mengetuai projek khas LRGS (Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang) hasil kerjasama dengan beberapa buah Universiti Awam iaitu 'Ocean Climate Change: Potential Risk, Impact and Adaptation Towards Marine and Coastal Ecosystem Services in Malaysia' dan mewujudkan dana khas penyelidikan UMT berjumlah RM3 juta," katanya.
Noraini berkata Mazlan turut serta menubuhkan Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan di UMT, dengan matlamat utama mengenal pasti penyelidikan yang berpotensi untuk didaftarkan sebagai harta intelek dan seterusnya dikomersialkan.
Katanya melalui inisiatif ini, sebanyak 105 harta intelek berjaya dihasilkan yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan UMT bagi tahun 2020.
"Beliau juga menganggotai beberapa pertubuhan antarabangsa seperti 'Ichthyological Society of Japan', 'Marine Biology Association of United Kingdom', 'Asean Fisheries Society' dan 'Taiwan Oceanography Society'.
"Dengan visi untuk meneraju UMT sebagai Universiti Berfokus yang cemerlang dengan bidang tujahan utama iaitu sains marin, saya percaya bahawa Prof Dr Mazlan mampu menggalas tanggungjawab ini dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepimpinan UMT," katanya.
Bernama
Sun Aug 01 2021

Mazlan berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Perikanan daripada Universiti Putra Malaysia dan memiliki Ijazah Sarjana Sains (Pesisir Topikal) daripada University Of Newcastle, England. - Gambar BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Mazlan dilantik Naib Canselor UMT yang baharu
Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu, berkuat kuasa esok (2 Ogos).

Pakar nafi ribuan kerang di pantai petanda tsunami
Spesies kerang berbulu adalah hidupan biasa yang boleh didapati berhampiran pantai dan turut mempunyai kaitan dengan spesies kerang lain.