Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dijangka dilantik menerajui sebuah agensi penting di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA).
Menterinya Datuk Salahudin Ayub berkata pelantikan itu akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita sudah kemukakan nama beliau kepada Dr Mahathir dan setakat ini tidak ada masalah... harap ia akan diketahui dalam masa terdekat, hanya tunggu keputusan PM (Perdana Menteri).
"Saya rasa tidak ada masalah Mazlan diberi tempat untuk perjuangan beliau kerana apa yang telah dibuat terhadap peneroka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Parti Amanah Negara kali Ketiga bertemakan 'Bersama Menerajui Perubahan' di Dewan Tun Razak, di sini pada Sabtu.
Salahudin yang juga Timbalan Presiden Amanah, berkata pelantikan itu dicadangkan sebagai menghargai perjuangan Mazlan membantu Pakatan Harapan sehingga menang 75 peratus di kawasan Felda pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
"Beliau sudah 30 tahun berjuang, itu kapasiti atau 'track record' yang harus diberi kepada Mazlan untuk beliau terus membela nasib petani," katanya.
Salahudin berkata cadangan tersebut juga tidak bercanggah dengan janji "tiada lantikan politik" dalam manifesto Pakatan Harapan memandangkan agensi yang berkenaan bukan syarikat berkaitan kerajaan.
Antara agensi yang terletak di bawah kementerian itu ialah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Lembaga Pertubuhan Peladang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 22 2018
Pelantikan Mazlan (gambar) dicadangkan sebagai menghargai perjuangannya membantu Pakatan Harapan sehingga menang 75% di kawasan Felda pada PRU14 lalu.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Letupan di Ipoh: Polis adakan mesyuarat khas dengan agensi berkaitan pada Selasa
Polis berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana pada masa ini keselamatan mereka terjamin.
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
MAIS kerjasama dengan SPRM elak penyelewengan wang sumbangan, zakat
Demi memastikan tiada lagi kes penyelewengan membabitkan wang yang disumbangkan orang ramai kepada agensi dan institusi agama di bawahnya.
Melaka akan lakukan rombakan besar-besaran agensi negeri - Ab Rauf
Rombakan dilakukan ekoran beberapa faktor antaranya budaya kerja lama seperti kerja bertangguh, tidak teliti serta kekurangan rasa termilik.
KPKT harus jadi pusat kecemerlangan - Nga
Banyak inisiatif yang dilaksana KPKT dan agensi-agensinya bersifat proaktif serta mendahului pihak lain dalam pelbagai aspek.
Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.
MITA gesa agensi pelancongan domestik perhebat usaha tarik pelancong asing
Beberapa agensi pelancongan tempatan tidak giat mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang ideal.
Kerajaan akan perkukuh pelaksanaan MyMudah - Ismail Sabri
Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) bersetuju untuk memperkukuhkan pelaksanaan MyMudah di semua kementerian, agensi persekutuan dan negeri.
SPRM buka kertas siasatan isu kartel daging import guna label halal palsu
Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 16 dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Petugas PKPD Medan 88 jalani saringan COVID-19 - Polis
Medan 88 masih berada di bawah PKPD dan pelaksanaan arahan berkenaan akan ditamatkan pada tengah malam Rabu.