Mayat seorang wanita warga emas dengan beberapa kesan luka ditemukan di kawasan semak berhampiran sebuah kondominium di Bercham di sini pada Selasa.
Mayat dikatakan ditemui seorang wanita yang melihat objek menyerupai manusia dari rumahnya di tingkat 10 kondominium berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, polis melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 2.30 petang.
Katanya, mayat wanita yang dianggarkan berumur lewat 80-an itu masih lengkap berpakaian.
"Pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah, calar dan luka di anggota badan mangsa. Siasatan awal bagaimanapun mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini.
"Kita juga tidak menjumpai dokumen pengenalan diri bersama mangsa atau berhampiran lokasi mayatnya dijumpai. Mayat wanita itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat," katanya.
Menurut beliau, polis menjalanlan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian dan setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau datang ke Jabatan Forensik HRPB untuk pengecaman.
Abd Razak Mohd Ali
Tue May 14 2019

Pemeriksaan mendapati terdapat kesan darah, calar dan luka pada anggota badan mangsa. - Astro AWANI

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Gangguan seksual terhadap kerani bank: Siasatan polis di peringkat akhir
Siasatan kes seorang pegawai operasi sebuah bank di Bercham, berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita rakan sekerjanya berada di peringkat akhir.

Rompak warga emas: Dua lelaki mengaku tidak bersalah
Tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pisau terhadap seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Ria, 24 Mei lalu.

Dua remaja perempuan hilang ditemukan selamat di Bercham
Dua remaja perempuan yang dilaporkan hilang Selasa lepas ditemukan selamat di Bercham.

Fenomena musim bunga Sakura Malaysia melanda Perak
Selepas beberapa negeri, kini negeri Perak turut dilanda musim bunga 'Sakura Malaysia' yang mengindahkan pemandangan sekitar hingga menjadi tarikan orang ramai.

Mayat wanita warga emas ditemui dalam semak
Mayat dikatakan ditemui seorang wanita yang melihat objek menyerupai manusia dari rumahnya di tingkat 10 kondominium berkenaan.

Keluarga malang terus resah dihantui api misteri
Krew AWANI turut menjadi saksi kejadian api yang tiba-tiba menyala dan membakar pakaian di ampaian rumah keluarga tersebut.