IPOH: Selepas beberapa negeri, kini negeri Perak turut dilanda musim bunga 'Sakura Malaysia' yang mengindahkan pemandangan sekitar hingga menjadi tarikan orang ramai.
Tinjauan Bernama mendapati fenomena pokok berbunga warna putih dan merah jambu yang merimbun itu dikesan di beberapa kawasan di Ipoh antaranya Taman Putra Indah di Bercham, kawasan Taman Rekreasi Gunung Lang, dan perkarangan parkir Stadium Perak.
Pengguna jalan raya yang melalui kawasan-kawan berkenaan dilihat memberhentikan kenderaan masing-masing untuk mengambil peluang bergambar di kawasan pokok tekoma atau pun nama saintifiknya Tabebuia Pentaphylla yang mula mekar baru-baru ini.
Nur Aliah Azman, 25, yang ditemui di sini semasa mengagumi panorama indah itu berkata beliau berasa amat teruja kerana pemandangan sedemikian jarang berlaku di negara ini.
"Saya tidak melepaskan peluang untuk bergambar di kawasan Stadium Perak ini dan dikongsi untuk tatapan di laman sosial instagram dan facebook," katanya.
BACA: Musim 'sakura' warnai Kuala Lumpur
Selain Ipoh, suasana mempesonakan dengan lambakan bunga yang gugur seakan-akan berada di Jepun itu juga dilihat mewarnai pemandangan jalan dan kawasan sekitar Jalan Muzaffar Shah, Asam Kumbang di Taiping dan Jalan Siakap, Bagan Serai serta Tasik Lintang Makmur di Sungai Siput selain di sekitar Stadium Seri Manjung.
Nor Adilla Idrus, 23, yang ditemui Bernama berkata Tasik Lintang Makmur merupakan antara lokasi pokok tekoma paling indah dan tercantik di Perak untuk bergambar dan menjadi perhatian orang ramai hingga sanggup datang dari luar daerah itu.
"Jika sebelum ini tasik ini hanya menjadi lokasi kunjungan para pemancing namun kini ia menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar dan dikongsikan di laman media sosial masing-masing," katanya.
Pokok-pokok tekoma akan mengeluarkan bunga warna putih dan merah muda di beberapa kawasan di negara setiap tahun pada musim panas atau kemarau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021

Pengunjung mengambil peluang berswafoto ketika menikmati permandangan Musim Sakura Malaysia di Tasik Lintang Makmur, Sungai Siput, Perak, 26 Mac, 2021. --fotoBERNAMA
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.

Pekerja syarikat sewa kereta tidak mengaku potong tangan
Seorang pekerja syarikat kereta sewa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki sehingga putus tangan.

Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.

Tahun Baharu Cina: Hampir 3 juta kenderaan dijangka memasuki Perak
Nor Sham berkata jumlah trafik ke utara tanah air melalui Perak akan mengalami peningkatan bermula 27 dan 28 Jan.

Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.

Gopeng Glamping Park terima pensijilan SIRIM bagi keselamatan aktiviti riadah
Ia menerima Sijil SIRIM ISO 21101:2014 untuk sistem pengurusan keselamatan pelancongan pengembaraan bagi aktiviti berasaskan air dan darat.

Perak catat lebih 8.4 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 8.3 juta
Soal selidik Tourism Malaysia juga menunjukkan sehingga September 2024, seramai 627,292 pelancong antarabangsa telah melawat negeri Perak.

Banjir: Jumlah mangsa di Perak meningkat, situasi di Terengganu dan Pahang kian pulih
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat petang ini manakala situasi bencana itu di Terengganu dan Pahang kian pulih.

PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti

Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.