KEMAMAN: Kehilangan seorang remaja lelaki sejak Rabu lalu terjawab selepas mangsa ditemui meninggal di bawah Jambatan Kampung Teladas, Kemaman.
Mayat Muhammad Ammar Izzat Zainuddin ditemui terapung dan tersangkut pada timbunan kayu di sungai berkenaan kira-kira jam 12.30 malam Jumaat.
Menurut kakak mangsa Zailatul Ain Zainuddin berkata, kehilangan adiknya itu disedari ibu mereka selepas mangsa tidak pulang selepas keluar makan bersama rakan-rakannya sebelum bertindak mencarinya bersama beberapa penduduk yang lain.
“Pagi itu, kami lihat di dalam bilik, adik tiada dalam bilik, dan saya berfikiran mungkin dia tidak balik rumah malam tadi dan tidur di rumah kawan dia.
“Kemudian, pada waktu petang, kawan dia datang untuk tukar motosikal yang telah dipinjam. Jadi, kawan dia datang untuk pulangkan semula motosikal.
“Saya pun terus beritahu kawan dia, bahawa adik tidak balik dari semalam lagi. Kemudian itu, kawan-kawannya terus mencari adik saya,” jelas Zailatul.
Mayat pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Air Puteh itu ditemui penduduk yang kebetulan melalui jambatan berkenaan.
Turut ditemui bersama mayat mangsa ialah sebuah motosikal jenis honda EX5 yang juga dipercayai ditunggang mangsa yang turut terjatuh ke dalam sungai berkenaan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi berkata siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa telah telah hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam sungai berkenaan setinggi kira-kira tiga meter itu.
Mayat mangsa dihantar ke unit forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat.
Astro Awani
Fri Mar 05 2021
Mayat Muhammad Ammar Izzat Zainuddin ditemui terapung dan tersangkut pada timbunan kayu di sungai berkenaan kira-kira jam 12.30 malam Jumaat. - Astro AWANI
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Banjir Terengganu: Lebih 2,000 mangsa dibenar pulang, hanya 59 masih berada di PPS
Hanya 59 mangsa daripada 15 keluarga masih terjejas di daerah Kemaman, dengan tiga Pusat Pemindahan Sementara masih diaktifkan.
Banjir Terengganu: Kemaman dan Marang masih terjejas, 2,545 mangsa kekal di PPS
Banjir yang melanda daerah Hulu Terengganu, Dungun, dan Setiu telah pulih sepenuhnya pada Rabu.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat, lima daerah terjejas
Selepas Kemaman, empat lagi daerah di Terengganu iaitu Marang, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun terjejas akibat banjir setakat jam 11 malam pada Selasa.
Empat daerah dilanda banjir, Terengganu catat peningkatan bilangan mangsa
Empat daerah di Terengganu dilanda banjir iaitu Kemaman, Marang, Hulu Terengganu dan Setiu, setakat 10 malam ini.
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.
Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.
Bot terbalik: Lebih dua jam terapung di samping mayat rakan
Ain Farhana berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dalam kabin dan hanya menyedari bot dinaiki dilanggar apabila ia terbalik.
Seorang lemas, tiga hilang dalam kejadian bot terbalik di Kemaman
Bot nelayan terbabit dikatakan membawa sembilan penumpang termasuk tekong, kru dan pelancong untuk pergi memancing.