Mayat dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam krisis tebusan kumpulan militan di Algeria selamat tiba di kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini jam 8.30 malam.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan berkata mayat mendiang Chong Chung Ngen dan Tan Ping Wee telah diterbangkan dari Algiers setelah diuruskan oleh Kedutaan Malaysia di sana bersama dengan syarikat JGC Construction Pte. Ltd.
"Mayat berkenaan diiringi oleh Patrick Purait Awang, salah seorang rakyat Malaysia yang terselamat semasa insiden tebusan tersebut," kata Anifah.
Beliau berkata Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay dan beberapa pegawai kanan dari Wisma Putra serta ahli keluarga mendiang turut hadir untuk menerima mayat tersebut.
Beliau berkata keluarga berkenaan meminta agar privasi mereka dihormati bagi mereka menghadapi detik sukar ini.
"Dalam hubungan ini, kerajaan Malaysia sekali lagi merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga berkenaan atas kehilangan orang yang disayangi," katanya.
Mendiang Tan berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan dan dilaporkan bekerja di Algeria sejak enam bulan lalu manakala mendiang Chong yang berasal dari Ipoh, Perak merupakan seorang inspektor kawalan kualiti dan baru tiga bulan bertugas di sana.
Dalam insiden 16 Jan lalu, lima rakyat Malaysia antara 130 pekerja dari pelbagai negara di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria menjadi tebusan kumpulan militan.
Tan dan Chong disahkan terbunuh dalam kejadian itu, manakala tiga lagi rakyat Malaysia - K.Ravi, Lau Seek Chiang dan Patrick terselamat.
Bernama
Mon Jan 28 2013
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah Gaza diserang: Algeria minta Majlis Keselamatan PBB adakan mesyuarat tergempar
Sekurang-kurangnya 100 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera apabila pesawat Israel menyasarkan rakyat Palestin yang sedang menunaikan solat subuh di Sekolah Al-Tabin.
Olimpik Paris 2024: Penyokong Algeria raikan Khelif mara ke final
Ratusan penyokong Algeria menghangatkan suasana tenang Court Phillippe-Chatrier di Roland Garros apabila Imane Khelif berjaya mara ke final kategori 66 kilogram.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Lima anggota tidak tetap UNSC mulakan tugas
Algeria, Guyana, Korea Selatan, Sierra Leone dan Slovenia pada Selasa mengambil peranan sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB.
Kedutaan Algeria akan lancar pusat pelancongan di Malaysia lonjak hubungan kebudayaan
Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata pihaknya kini dalam peringkat perancangan awal untuk mengoperasikan pusat itu.
Kucing lompat atas imam ketika solat tarawih jadi bualan dunia
Rakaman memaparkan seekor kucing melompat ke atas seorang imam ketika solat terawih mencuri tumpuan netizen seluruh dunia sejak semalam.
Palsukan kematian diri sendiri, wanita nekad tikam penulis blog 50 kali
Seorang wanita berusia 23 tahun didakwa selepas menikam seorang penulis blog kecantikan Algeria di Jerman sehingga maut dalam usaha untuk memalsukan kematian sendiri.
Piala Dunia Qatar: Siarkan kemenangan Maghribi, pengarah stesen televisyen Algeria dipecat
Kerajaan Algeria memecat Pengarah Penubuhan Televisyen Awam (EPTV), Chabane Lounakel selepas menyiarkan kemenangan Maghribi menentang Portugal dengan skor 1-0 di pusingan suku akhir Piala Dunia 2022.
Isu keselamatan makanan, Palestin agenda utama mesyuarat Liga Arab di Algeria
Aboul-Gheit gesa Palestin laksanakan Deklarasi Algiers yang ditandatangani dua minggu lalu dalam usaha mencapai perdamaian sebenar.
Warga asing serang polis dipercayai ada masalah mental
Suspek yang juga gelandangan itu berada di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan.