SHAH ALAM: Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan meninggal dunia di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah di Kuala Langat, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@ Saleh berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan mayat lelaki dianggar berusia 30-an itu pada 8.20 malam.
"Pemeriksaan fizikal pada mayat itu menemukan kesan kecederaan di belakang kepala. Mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dan terkena penjuru longkang.
"Terdapat tompokan darah dijumpai dalam longkang berdekatan lokasi kejadian manakala mayat dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan anggota forensik di tempat kejadian mendapati kesan kecederaan di belakang kepala mangsa adalah disebabkan objek tumpul disyaki kesan terhantuk ke batu.
Pemeriksaan di sekitar lokasi penemuan mayat, katanya tidak menemukan sebarang objek yang mencurigakan dan kematian lelaki itu tidak mempunyai sebarang unsur jenayah.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 06 2024

Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan meninggal dunia di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah di Kuala Langat, semalam. - Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki asing ditahan lakukan khianat kenderaan berhampiran Terminal Bas Batu Pahat
Seorang lelaki warganegara asing berusia 25 tahun ditahan kerana melakukan khianat terhadap beberapa kenderaan yang diparkir berhampiran Terminal Bas Batu Pahat semalam.

Mayat lelaki warga asing disyaki dibunuh ditemukan dalam parit
Mayat seorang lelaki disyaki dibunuh ditemukan di dalam parit di Pekan Lama Nilai hari ini.

Mayat lelaki warga asing ditemukan di tepi jalan
Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan meninggal dunia di tepi jalan berdekatan sebuah sekolah di Kuala Langat, semalam.

Lelaki warga asing pecahkan cermin kereta dicekup
Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan polis dari JSJ Kontinjen Johor sekitar jam 3.30 pagi, Ahad di kawasan Genting Highlands.

Polis kesan lima lelaki warga asing samun tiga beranak guna senjata parang
Tiga beranak itu yang terdiri daripada suami isteri dan anak lelaki mereka diugut akan dibunuh jika membuat laporan polis.

Polis kesan lelaki warga asing hendap pekerja kedai serbaneka
Suspek dikatakan sering memerhati dan mengganggu mangsa di tempat kerja termasuk pada 22 Julai lepas kira-kira 11 pagi.

Pelancong asing ditahan disyaki rogol wanita tempatan
Seorang lelaki warga asing ditahan dipercayai merogol wanita tempatan berusia 20 tahun di sebuah hotel di Genting Highlands, Isnin lalu.

Polis tahan lelaki warga asing seludup lebih 8,000 botol minuman keras
Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras di Cheras, semalam.

Bapa ditahan bantu siasatan kes bayi tiga bulan maut disyaki tersedak susu
Seorang lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes bayi berusia tiga bulan meninggal dunia dipercayai tersedak susu di sebuah rumah di Bukit Gasing, Petaling Jaya, petang semalam.

Polis kesan Astari bantu siasatan kes bot meletup di Semporna
Polis sedang mengesan seorang lelaki warga asing bernama Astari bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan bot di perairan Pulau Tatagan dekat sini pada Selasa lepas.