KUALA LUMPUR: Satu mayat lelaki warga tempatan ditemukan dalam keadaan tangan dan kakinya berikat di tepi Jalan Bestari Jaya - Rawang menghala ke Bestari Jaya, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata mayat yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemukan seorang lelaki tempatan yang kemudian menghubungi Balai Polis Rawang pada 11.40 pagi.
Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak termasuk pasukan forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berumur lingkungan 40-an. Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat berkenaan.
Pemeriksaan pada tubuh si mati yang tangan dan kakinya diikat dengan tali nilon menemukan kesan kecederaan dan luka yang parah di bahagian atas kepala," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan suspek yang terlibat serta motif kejadian masih dalam siasatan," katanya sambil menambah mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Beliau berkata orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP R Kolanthaivelu di talian 03-61262222 atau 019-2579232.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2022

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata mayat yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemukan seorang lelaki tempatan yang kemudian menghubungi Balai Polis Rawang pada 11.40 pagi. - Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.

Mayat lelaki dijumpai dalam tangki simpanan air
Siasatan awal di tempat kejadian menemukan seorang lelaki dalam keadaan terlungkup tidak sedarkan diri di dalam tangki simpanan air.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terdampar di Pantai Desaru
Mayat seorang lelaki tempatan tanpa pengenalan diri ditemukan terdampar di Pantai Desaru, pagi tadi.

Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Klang
Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Klang berhampiran Pantai Dalam pagi tadi.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kuala Krai
Identiti, bangsa dan umur tidak dapat dipastikan kerana mayat telah mula mereput serta tiada pengenalan diri ditemukan pada mayat itu.

Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di arau
Mayat lelaki dengan kesan terbakar ditemukan di halaman sebuah rumah di Jalan Jejawi, Arau petang tadi.

Mayat lelaki dibaham buaya ditemui
Mayat mangsa ditemui kira-kira 1 kilometer (km) dari jarak lokasi mangsa dilaporkan hilang pada pukul 10.45 pagi semalam.

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.

Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh
Mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemukan di dalam semak berdekatan pondok bas di tepi jalan KM 10 Jalan Seremban-Port Dickson semalam.