Mayat seorang kanak-kanak lelaki yang jatuh ke dalam longkang besar berhampiran flat Taman Desa Chempaka Nilai tengah hari semalam, ditemui dua kilometer dari lokasi kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Ahmad Ridwan Yahya berkata mayat G. Sukumaran, 3, ditemui tersangkut pada jaring perangkap sampah di Sungai Labu oleh pasukan bomba yang membuat operasi mencari dan menyelamat.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Zaldino Zaludin berkata kakak mangsa yang berusia 11 tahun memberitahu mereka sebelum itu pergi ke kedai di bawah blok rumah pangsa itu.

"Selepas itu mereka bermain di tepi longkang besar hingga menyebabkan adiknya terjatuh dan si kakak cuba menyelamatkan adiknya, tetapi gagal berikutan air deras ekoran hujan lebat malam tadi," katanya.

Mayat G. Sukumaran, 3, ditemui tersangkut pada jaring perangkap sampah di Sungai Labu . - Foto Bernama