Empat beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan Hentian Rehat dan Rawat Maran pagi tadi dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kemaman selepas beli-belah di ibu negara bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Empat beranak berkenaan Azian Abdullah, 50, dan tiga anaknya, Fatin Najwa Mazlan, 27, Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohamad Danish Najmi, 10, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Dua lagi mangsa juga anak Azian iaitu Mohd Shahrul Ikhram, 20, dan Fatin Nur Athirah, 19, parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.
Difahamkan, kesemua enam beranak itu dikatakan bertolak ke Kuala Lumpur pada Jumaat lalu kerana ingin membeli keperluan sempena Aidilfitri.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, kejadian jam 8.30 pagi itu berlaku ketika kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu Mohd Shahrul Ikhram terbabas ke kiri jalan dan melanggar bahagian hujung penghadang jalan sebelum menembusi kenderaan mereka.
"Semua mangsa tersepit di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan anggota bomba kira-kira jam 9.46 pagi.
"Ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan jalan lurus menuruni bukit. Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mengesan saksi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara, kesemua jenazah empat beranak itu dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Baru Chenih, Kemaman hari ini.
Noraniza Kamsani
Sun Jun 03 2018
![Maut selepas beli-belah hari raya Maut selepas beli-belah hari raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41528018369_tragedibelibelah.jpg)
Empat beranak berkenaan Azian Abdullah, 50, dan tiga anaknya, Fatin Najwa Mazlan, 27, Fatin Nur Adriana, 15, dan Mohamad Danish Najmi, 10, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Maut selepas beli-belah hari raya Maut selepas beli-belah hari raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41528018369_tragedibelibelah.jpg)
Maut selepas beli-belah hari raya
Empat beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan Hentian Rehat dan Rawat Maran pagi tadi dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Kemaman
![Empat nelayan Kemaman dilapor hilang di laut sejak lapan hari lalu Empat nelayan Kemaman dilapor hilang di laut sejak lapan hari lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/61435506297_Laut.jpg)
Empat nelayan Kemaman dilapor hilang di laut sejak lapan hari lalu
Empat nelayan dilaporkan hilang setelah gagal dihubungi sejak lapan hari lalu selepas mereka keluar menangkap ikan bersama bot pukat tunda kelas B di perairan Kemaman.
![Kes empat individu bogel disebut semula 19 Mac Kes empat individu bogel disebut semula 19 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407312491_295x200.jpg)
Kes empat individu bogel disebut semula 19 Mac
Kes empat individu yang didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi akan disebut semula pada 19 Mac.
![4 beradik gembira dapat mulakan persekolahan 4 beradik gembira dapat mulakan persekolahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/41391924761_295x200.jpg)
4 beradik gembira dapat mulakan persekolahan
Walaupun cuaca agak panas, namun 4 beradik anak kepada pasangan yang ditahan di Sweden gembira dapat melangkah ke sekolah bersama.
4 rakyat Somalia dihukum sokong pengganas
Empat lelaki Somalia yang dituduh berkomplot menyalur bantuan kewangan kepada kumpulan pemberontak, Al-Shabab dijatuhi hukuman.
![Saifuddin Nasution antara empat muka baru PKR di Kedah Saifuddin Nasution antara empat muka baru PKR di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/71365408784_295x200.jpg)
Saifuddin Nasution antara empat muka baru PKR di Kedah
PKR menyenaraikan empat muka baru dan seorang penyandang bagi mempertahankan lima kerusi parlimennya di Kedah pada PRU-13.